Isnin, 28 November 2011

Transformasi politik hanya boleh dicapai jika Umno menang PRU, kata Najib

TERKINI

KUALA LUMPUR — Perancangan pembaharuan politik dan ekonomi kerajaan hanya akan berjaya jika Umno mencapai kemenangan selesa dalam pilihan raya umum ke-13, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Sambil menyifatkannya sebagai satu cabaran kecil bagi parti teras Barisan Nasional (BN) itu, Perdana Menteri berkata Umno perlu berganding dengan rakan-rakan perikatan itu untuk mencapai kejayaan dipilih semula.

“Kita perlu menyeberang jambatan pilihan raya umum,” kata beliau ketika berucap pada forum antarabangsa anjuran Umno sempena perhimpunan agung tahunan yang bermula esok.

“Sangat penting untuk kita dipilih (semual) bagi melaksanakan transformasi yang sebenar, kita perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat,” katanya lagi.

Langkah Najib, yang menyandang jawatan perdana menteri dan presiden Umno sejak 2009, meliberalisasikan ekonomi berhadapan dengan tentangan daripada dalam Umno, malah daripada kumpulan pembela hak orang Melayu seperti Perkasa.

Najib berkata Umno dan juga BN adalah pilihan terbaik masa depan negara dan partinya bersedia untuk melakukan perubahan untuk kekal relevan di kalangan pengundi generasi semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.