MALAYSIA KINI
Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni didakwa membeli dua lot tanah termasuk sebuah rumah banglo di Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam pada harga jauh lebih tinggi berbanding nilai pasaran daripada pemilik asal hartanah.
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu Shamsuddin membeli hartanah itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd, Saiful Aznir Shahabudin, pada harga RM6.5 juta berbanding nilai pasaran sebanyak RM4.3 juta.
Saksi keempat pembelaan, Irhamy Ahmad, seorang jurunilai hartanah profesional dari Irhamy & Co, berkata harga belian itu tidak berpatutan dengan nilai pasaran yang ditafsirkan oleh syarikatnya pada 10 Mei, 2005.
"Sebelum saya membuat penilaian, saya terima salinan dokumen perjanjian jual beli yang dibuat antara Shamsuddin dan Saiful Aznir yang menyatakan nilai RM6.5 juta dan berpendapat ia terlalu tinggi," katanya ketika menjawab pertanyaan peguam Dr Mohamed Khir, Datuk Jaharbedeen Mohamed Yunoos.
Irhamy berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membela diri atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zaharah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasana 7/1L, Seksyen 7, daripada Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor ketika itu.
Dr Mohamad Khir yang juga ADUN Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam pada 29 Mei, 2007.
Mengulas lanjut, Irhamy bagaimanapun berkata salinan dokumen perjanjian jual beli itu tidak sama sekali mempengaruhi proses penilaian yang dibuat terhadap hartanah terbabit.
Irhamy berkata beliau membuat penilaian berdasarkan kaedah perbandingan dengan mengambil kira harga hartanah di kawasan setempat.
Katanya beliau merujuk kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah sebagai sumber utama bagi menentukan nilai pasaran hartanah terbabit yang turut dilengkapi sijil layak diduduki (CF).
Katanya prosedur itu diiktiraf dan diterima pakai oleh pihak seperti Royal Institution of Chartered Surveyors dan Malaysian Development Standards.
"Saya melihat keadaan rumah lengkap semasa saya pergi untuk membuat penilaian terakhir bagi hartanah itu," katanya.
Irhamy berkata pihaknya mengendalikan hampir 50 kes penilaian hartanah sebulan, dan sehingga kini telah mengendalikan 8,000 kes yang 80 peratus daripadanya merangkumi rumah kediaman.
Sementara itu, Choy Yue Kwong, pengarah urusan syarikat penilai profesional Rahim & Co, berkata pihaknya menilai hartanah itu pada harga RM3.5 juta ketika penilaian dibuat pada 14 Mei, 2007.
Katanya sebelum penilaian dilakukan pada hari berkenaan, beliau sempat bertemu dengan Dr Mohamad Khir di kediaman rasminya di Seksyen 7.
"Saya tidak tahu pemilik rumah itu apabila pemeriksaan dilakukan untuk tujuan penilaian. Ketika itu bangunan itu sedang pembinaan semula," katanya.
Ditanya oleh Jaharbedeen sama ada tawaran RM5.5 juta untuk membeli hartanah itu adalah jumlah yang berpatutan, Choy berkata: "Nilai pasaran adalah RM3.5 juta dan tidak ada sebab untuk membeli pada kadar RM5.5 juta. Sekiranya itu, anda tidak berhemat."
Shamsuddin pernah menawarkan harga RM5 juta hingga RM5.5 juta kepada Dr Mohamad Khir untuk membeli hartanahnya dengan alasan pihaknya ingin menawarkan diskaun kepada beliau.
Mohd Dusuki Mokhtar mewakili pihak pendakwaan pada prosiding hari ini yang didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki.
Perbicaraan bersambung esok.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.