Kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kemelut PPSMI menjadi bukti kecelaruan perancangan kerajaan, sekaligus cerminan terhadap lemahnya kerajaan BN dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara.
Memang itulah kenyataannya.
Dan Tuan Ibrahim sekali lagi berkata benar apabila merumuskan bahawa apabila seorang Menteri Pelajaran bertukar, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.
Sebenarnya ia tidak hanya terjadi di Kementerian Pelajaran, tetapi di mana-mana juga kementerian, agensi dan apa sahaja yang berkaitan dengan kerajaan. Setiap kali beralih nakhoda, setiap itulah muncul perkara-perkara baru yang akhirnya menghuru-harakan segala-galanya.
Benar seperti kata Tuan Ibrahim, lazimnya perkara-perkara baru itu diketengahkan tanpa perancangan kopi. Ada kalanya hanya bersandarkan ilham yang datang secara spontan. Kesannya ialah serba-serbi yang bersifat tangkap muat.
Tak payahlah tengok jauh-jauh. Tengok saja pada tiga PM terakhir kita. Apabila Pak Lah jadi PM, habis ‘dipunggahnya’ apa yang telah dirancang oleh Mahathir. Digantikannya dengan idea-ideanya sendiri. Begitu juga bila Najib jadi PM. Habis ‘dikerjakannya’ segala apa yang dirancang oleh Pak Lah. Islam Hadhari ditinggalkan begitu sahaja – selepas begitu banyak juta dilebur untuk menjayakannya. Maka muncullah 1Malaysia dan sebagainya yang Najib mahu disekutukan dengannya.
Kita percaya banyak dasar yang diperkenalkan oleh Najib akan dimakamkan pula oleh penggantinya suatu hari nanti.
Dan begitulah seterusnya.
Kita faham kebanyakan pemimpin mahu meninggalkan ‘signature’nya. Tetapi biarlah berpada-pada. Dalam melaksanakan idea dan dasar baru, tak perlulah dikacau-bilaukan dasar-dasar yang telah diterima pakai. Kalau ada yang longgar, perkemaskanlah. Lebih baik wang rakyat digunakan untuk mengukuhkan yang longgar itu daripada dibazirkan dengan cara merobeknya terus. – HM
jgnlah asyik berperang mulut menyalahkan satu sama lain knpe tidak ditunjukkan bukti yang kukuh bg semua rakyat malaysia tahu yang mana benar dan mana yang salah....biar rakyat yang menentukan....
BalasPadam