Ahad, 27 November 2011

KEADILAN lancar program ‘Ganyang BN”

Oleh: Sidiqin Omar

JOHOR BAHRU: Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman dalam ucapan penggulungannya di Kongres KEADILAN Nasional berkata, program ‘Ganyang BN’ akan dilancarkan untuk menyerang kubu Barisan Nasional termasuk di Johor dalam masa terdekat.

“Kita akan gembeling tenaga dan latih 100 biro komunikasi dan penerangan untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.

“Satu hari suntuk kita adakan program dari pagi, diakhiri ceramah pada sebelah malam di sekurang-kurangnya 20 buah tempat, seperti di Johor. Semua pemimpin-pemimpin utama KEADILAN akan dilibatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mansor yang pertama kali hadir ke ceramah umum di pekan Ulu Tiran dalam Parlimen Tebrau, Johor malam tadi, terkejut dengan kehadiran ribuan penduduk, meskipun diketahui kawasan itu adalah kubu Barisan Nasional.

“Kalau beginilah sambutannya, Umno akan tergugat,” kata Dr Mansor

Beliau dalam pada itu berkata, program yang berjaya dilaksanakan di negeri Pakatan Rakyat adalah model terbaik untuk meyakinkan pengundi di negeri yang ditadbir BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.