MALAYSIA KINI
Bekas ahli parlimen PKR, N Gobalakrishnan (Bebas - Padang Serai) dihalau keluar Dewan Rakyat oleh timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas menimbulkan kekecohan pagi ini.
Ia berikutan perbalahan di antara ahli parlimen itu yang tercetus setelah Gobalakrishnan mencelah ucapan oleh ahli parlimen Gelugor, Karpal Singh yang menuntut satu perjelasan daripada speaker berhubung satu usulnya yang ditolak.
Usul berkenaan yang ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) adalah berhubung permohonannya kepada Dewan supaya mengambil tindakan ke atas ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung satu tulisan di laman Twitter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.