Oleh: Sidiqin Omar
JOHOR BAHRU: KEADILAN perlu mendekati semua kelompok anak muda dan bukan hanya terhad kepada golongan mahasiswa dan profesional, kata perwakilan dari Terengganu, Al Faizal Amjed.
Katanya, kaedah yang diguna Barisan Nasional dalam mendekati kelompok seperti golongan ‘Mat Rempit’ perlu dipandang serius.
“Mat Rempit, kutu lepak dan sebagainya yang dikategorikan sebagai golongan belia inilah yang digunakan oleh Barisan Nasional untuk memerangi kita secara psikologi dan fizikal.
“Kita terlalai hanya meilhat kredibiliti anak muda profesional dan mahasiswa. Memang kelompok ini yang bakal menjadi pemimpin negara, tetapi kita tak boleh memilih bulu,” kata beliau.
Tambah beliau, meskipun golongan berkenaan tidak dianggap pemimpin pada masa depan, namun mereka mempunyai peranan dalam mengubah sistem sesebuah negara.
“Kita juga mempunyai kawan atau saudara mara yang datang dari golongan ini. Kalau tak diberi hak sepenuhnya, mereka akan diambil oleh Umno-Barisan Nasional,” tegas Al-Faizal.
Katanya, kini terdapat dua juta belia dengan 55% peratus daripadanya berumur di bawah 22 tahun.
“Anak muda hari ini melihat isu politik dari sudut nilai dan fakta. Disini peranan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) memanfaatkan generasi muda,” katanya sambil mencadangkan Majlis sayap pemuda di antara parti Pakatan Rakyat mengikut format Majlis Presiden.
“Penetapan dari Kongres perlu diambil. Keadaan ini boleh dibincangkan dan dibawa bersama kepimpinan Pusat, negeri dan Cabang,” kata Al-Faizal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.