Rabu, 30 November 2011

Shahrizat guna kes liwat Anwar alih skandal NFC

TERKINI

KUALA LUMPUR— Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berhadapan dengan tekanan daripada PKR agar meletakkan jawatan kerajaan dan politik ekoran siri pendedahan berkaitan NFC, yang diuruskan oleh keluarganya.

Antara isu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ialah salah guna dana projek ternakan lembu NFC termasuk untuk membeli kondominium mewah dan membiaya perbelanjaan keluarga, antaranya kos menunaikan umrah.

Sekali lagi hari ini, Shahrizat (gambar) mempertahankan dirinya bahawa beliau tidak kena-mengena dengan syarikat diuruskan oleh suami dan anak-anaknya.

Sebaliknya beliau mencabar Ketua Wanita PRK Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.

Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.

Projek NFC kini disiasat oleh polis. Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.

“Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?” kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. “Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan,” katanya lagi.

“Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa,” katanya lagi.

Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”

“Wan Azizah patut didesak meletak jawatan kerana suaminya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pernah disabit dan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan,” katanya lagi.

“Buat Zuraida, jangan ingat Wanita Umno penakut, walaupun kamu menghentam saya, saya tetap senyum sampai dah tak boleh nak senyum lagi ni, itu belum kita angkat kain lagi,” tegas Shahrizat memberi amaran kepada Zuraidah supaya jangan memperlekehkan wanita Umno kerana pergerakan wanita itu jelasnya sentiasa bersedia menepis dakwaan fitnah dan songsang PKR.

Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.

“Untuk Wanita PKR, saya beri ingatan, jangan cuba ambil kesempatan kepada kami, kami telah bersedia,” tegasnya.

Menurut Shahrizat, Zuraida dan Wanita PKR sebenarnya takutkan perjuangan Wanita Umno kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan 1.3 juta wanita menyokong perjuangan Umno-Barisan Nasional.

“Pembangkang dan PKR sebenarnya takutkan Wanita Umno, kita ada kekuatan 1.3 juta ahli kalangan wanita untuk memastikan kemenangan Umno, sebab itu mereka cuba untuk merosakkan kita dengan pelbagai cara,” tegas beliau lagi.

Gesaan jihad Muhyiddin satu ‘lelucon’, kata Pemuda PAS

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan gesaan Tan Sri Muhyddin Yassin agar ahli-ahli Umno berjihad mempertahankan kedudukan parti teras Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai “satu lelucon.”

Semalam, dalam ucapan merasmikan tiga sayap Umno Muhyiddin mahu ahli parti itu berjihad mempertahankan kedudukannya dalam pilihan raya umum ke-13 yang disifatkan sebagai “ibu kepada segala pilihan raya”.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hazan berkata, cabaran Timbalan Perdana Menteri kepada para Puteri, Pemuda dan Wanita Umno untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang akan berjihad untuk mempertahankan bangsa Melayu dalam pilihan raya umum yang akan datang adalah sebuah lelucon yang amat menggelikan hati.

“Umno sebagai sebuah parti sekular yang memisahkan agama di dalam agenda perjuangan politik mereka sanggup menggunakan istilah-istilah Islamik supaya nampak agenda Islam mereka tetapi, sebaliknya bersifat munafik semata-mata.

“Sepatutnya jihad yang utama adalah menegakkan hukum syariat Allah di atas muka bumi ini dan bukannya berjihad di atas nama bangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sany menambah, Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS merasa cukup sedih dan kecewa di atas ucapan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umni sama sekali tidak menunjukkan beliau selaku orang-orang negara yang mempunyai daya fikir intelek yang tinggi dan budi bahasa yang baik.

“Semasa merasmikan serentak persidangan tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno, beliau meneruskan perseteruan terhadap Pakatan Rakyat dan PAS secara khususnya dengan alasan yang berbentuk fitnah dan dangkal,” katanya lagi.

Sany menambah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS ingin mengingatkan Umno bahawa keangkuhan mereka sebagai parti yang tiada galang ganti untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa Melayu sudah lapuk ditelan zaman kerana PAS sudah bersedia untuk memimpin bangsa Melayu ke arah suasana politik yang lebih kondusif, bahkan lebih lagi PAS menawarkan perjuangan bangsa Melayu menurut ajaran Islam yang syumul.

Katanya, PAS akan menggantikan Umno untuk membela nasib bangsa Melayu yang selama ini menjadi mangsa ‘belasahan’ Umno.

“Jadi, Umno sememangnya berada di dalam keadaan cukup terdesak kerana PAS dan Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat untuk memerintah negara ini.

“Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia turut mengingatkan kepada seluruh jentera pemuda di semua peringkat supaya meningkatkan kewaspadaan dan kebersediaan untuk menghadapi pilihanraya yang mendatang,” kata beliau sambil menambah kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihan raya ke-13 akan datang ini akan menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’ menunjukkan Umno dan BN akan melakukan strategi yang ‘kotor dan hina’ untuk memastikan kemenangan berada di pihak mereka.

“Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat Umno kini semakin gawat dan tidak keruan, tidak mustahil sepanjang Perhimpunan Agung Umno ini akan menjadi perhimpunan yang akan dipenuhi dengan segala macam kenyataan-kenyataan yang bersifat hasutan, ancaman, tuduhan, prejudis, rasis dan sebagainya.

“Oleh itu, Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan menolak secara total parti Umno dan Barisan Nasional kerana pembawaan politik sempit mereka sudah tidak diterima lagi oleh rakyat,” katanya lagi.

Salahuddin: Muhyiddin buktikan Umno memang tak jujur, PAS di landasan betul




KUALA LUMPUR — Serangan terbuka tidak berasas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap PAS malam tadi membuktikan parti Islam itu berada di landasan betul apabila selama ini menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik, kata Salahuddin Ayub.

Naib Presiden PAS ini menegaskan, kenyataan orang nombor dua Umno dan Barisan Nasional (BN) itu dengan sendirinya menggambarkan mereka tidak jujur dalam pelawaan dan ajakan berkali-kali selama ini, kecuali mahu menghancurkan Pakatan Rakyat.

“Ya, ya. Kita berada dalam landasan yang betul untuk tidak bersama dengan mereka (Umno), menolak ajakan mereka. Pendirian kami memang betul, apa yang kami sangkakan selama ini betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Salahuddin (gambar) yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata PAS memang dari “hari pertama penubuhan, lebih 50 tahun lalu tidak percaya pada Umno.”

“PAS tidak akan tertipu dan terpedaya dengan tindakan-tindakan Umno,” katanya dengan merujuk kepada keputusan PAS sejak tiga tahun secara konsisten menolak pelawaan membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.

Sebaliknya PAS mahu kekal bersama Pakatan Rakyat.

Idea kerajaan perpaduan muncul selepas Umno-BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kerajaan lima negeri jatuh ke tangan parti komponen Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan perasmian Persidangan Agung Tahunan Pemuda, Puteri dan Wanita malam tadi, Muhyiddin selaku Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri berkata, PAS tidak boleh menggantikan Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu atas alasan “Umno tiada galang-ganti.”

Sebelum ini Umno berulang kali mengajak PAS agar membentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan termasuk menyertai Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti.

“Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin mendakwa “DAPlah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?”

Sehubungan itu kata Muhyiddin, untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan.

“Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka,” kata beliau.

Ekoran hujah dan ucapan menyerang tanpa asas itu, Salahuddin seterusnya menegaskan, beliau kini sudah hilang hormat ke atas Muhyiddin selaku orang nombor dua kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Apabila saya mendengar ucapan berpeluh Muhyddin ini (malam tadi), saya sudah hilang hormat ke atas beliau sebagai seorang pemimpin, timbalan perdana menteri dan dikatakan bakal perdana menteri. Beliau tidak layak. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin nombor dua parti, beliau seharusnya menyampaikan gagasan yang lebih besar, bukan menggunakan poin-poin yang digunakan semalam,” katanya lagi.

Rumah hadiah Kelantan kepada ‘Apek’ siap

Rizal Tahir


KOTA BHARU: Kediaman khas untuk penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau ‘Apek’ yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kini siap sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood (gambar), berkata majlis penyerahan akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

“Kebetulan semalam pegawai dari Syarikat Binaraya milik PKINK menghubungi saya memberitahu kediaman untuk Khairul Fahmi sudah siap sepenuhnya.

“Bagaimanapun kita terpaksa menentukan tarikh yang sesuai antara Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Khairul Fahmi sendiri,” ujarnya.

Fatah seterusnya memberitahu, Tuan Guru mencadangkan majlis jamuan diadakan pada hari berkenaan sebagai tanda kesyukuran.

Tahun lalu, kerajaan negeri mengisytiharkan untuk menyerahkan sebuah rumah kepada bintang bola sepak itu berikutan kecemerlangannya pada Kejohanan Piala Suzuki AFF yang menyaksikan pasukan negara muncul juara.

Kediaman berkenaan terletak di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa setelah ia mula didirikan tahun ini.

Menjawab soalan, beliau memberitahu kediaman berkenaan tiada kaitan dengan masaalah peribadi jaguh bola sepak berkenaan sebelum ini.

“Bagaimanapun kita berharap beliau lebih berhati-hati selepas ini kerana sebagai seorang bintang sahsiah diri perlu dijaga sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan negeri khususnya Tuan Guru.

“Golongan ini menjadi cermin masyarakat, kerana itu mereka perlu menonjol syahsiah yang murni. Untuk itu kami juga mengharapkan bantuan para media supaya membantu kerajaan negeri untuk mengingatkan mereka agar lebih berhati-hati,” ujarnya.

Muhyiddin buktikan Umno sudah kering idea

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Khalid Samad (gambar) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan DAP ganti PAS membuktikan Umno sekarang sudah kekeringan idea.

Beliau yang ditemui di Parlimen hari ini memberitahu apa yang Muhyidin katakan itu jelas menggambarkan pemikiran Umno selama ini yang mana pendapat mereka Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.

"Umno sebenarnya tidak faham ajaran Islam dan mereka hanya mengganggap Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu dan apabila siapa yang menentang Umno bagi mereka akan menentang Islam.

"Bagi mereka apa yang canggah dengan kepentingan Melayu maka bercanggah tuntutan Islam kerana mereka anggap hanya Umno memperjuangkan Islam kerana Umno memperjuangkan Melayu," jelasnya.

Khalid juga pendirian PAS cukup jelas terhadap perlaksanaan hukum hudud dan DAP sendiri pun menghormati pendirian tersebut.

"DAP ganti PAS itu tidak timbul apatah lagi mengatakan DAP lebih Islam dari PAS kerana masing-masing faham dengan pendirian masing-masing terutamanya tentang hukum hudud.

"Kalau ingin bandingkan dengan pendirian Umno di mana sebelum ini MCA membuat pendirian anti hudud dan Umno terpaksa mendiamkan diri dan saya rasa amat jelas siapa yang tuduh siapa dalam soal agama dan siapa yang tuduh.

"Ini hanyalah tuduhan retorik yang mengatakan PAS tunduk kepada DAP, malah tidak ada bukti yang mengesahkannya malah apa yang dilakukan sekarang adalah beberapa pendirian tuntutan PAS dan DAP adalah sama seperti menentang Rang Undang-Undang Berhimpun Aman (RUU) semalam," sambungnya.

Tambahnya, tuntutan bersama itu bukannya menunjukkan kita tunduk kepada DAP, itu adalah sebahagian yang dituntut oleh Islam terutamanya dalam soal RUU.

"Seperti apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS semalam bahawa apa yang dilakukan oleh Umno bercanggah dengan tuntutan Islam yang menuntut setiap anggota dari umatnya memperjuangkan keadilan dan kebenaran.

"Mereka perlu diberi ruang seluas-luasnya untuk memperjuangankan kebenaran dan keadilan itu tetapi Umno telah menafikan tuntutan tersebut dengan menghadkan tuntutan yang dibenarkan oleh Islam.

"Islam bukan sahaja membenarkan tetapi mengalakkan perhimpunan aman itu tetapi apabila kita mempertahankan hak rakyat dan DAP juga sama pendiriannya kita pula dikatakan tunduk pada DAP," jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Khalid secara jelas Umno sebenarnya tidak faham ajaran Islam dan tuduhan DAP tunduk pada PAS sebenarnya perlu dituju kepada Umno yang dicangkuk hidung oleh MCA.

"Dalam pada itu kenyataan Umno mengambarkan mereka terdesak dalam mencari sokongan undi dari orang melayu sehinggakan sanggup memainkan isu-isu perkauman.

"Mereka takut dengan sokongan orang melayu terhadap PAS dan sekarang mereka mengapi-apikan sentimen tersebut agar orang melayu membencikan PAS.

"Rakyat perlu tahu siapa yang memperalatkan Islam dan siapa yang diperalatkann, Umno kekeringan idea untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang," sambungnya lagi.

Kenapa tak dinamakan RUU Rosma?

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini dipenuhi gelak ketawa sinis ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, apabila dibangkitkan persoalan misteri kenapa tidak dibentangkan saja undang-undang yang dinamakan "Rang Undang-undang Rosma".

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, rang undang-undang yang dibentangkan hari ini agak ganjil apabila rang undang-undang itu dinamakan Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2012.

"Kenapa tak dinamakan rang undang-undang lain yang lebih sesuai? Contohnya "Rang Undang-undang Perumahan Rakyat" ke kerana itu lebih sesuai.

"Atau kenapa juga tak dinamakan rang undang-undang lain, contohnya ringkasnya "Rosma" ke?" katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kesal kerana rang undang-undang yang ganjil seperti itu turut dibentangkan dan diguna pakai di negara ini.

Ahli Parlimen Balik Pulau (PKR), Mohd Yusmadi Mohd Yusoff ketika bangun mencelah berkata, penggunaan perkataan 1Malaysia pasti mempunyai agenda tertentu dari Kerajaan BN kerana ia menyamai penggunaan slogan 1Israel oleh Isreal.

Katanya, persamaan itu amat ketara apabila Kerajaan BN telah memperkenalkan Klinik 1Malaysia, manakala Isreal juga sebelum ini telah memperkenalkan 1Isreal dalam perubatan.

"Saya tak kata apa yang dibuat oleh Kerajaan BN ini sengaja. Bukan sengaja, tapi kebetulan," katanya.

Manakala Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula ketika bangun mencelah amat kesal dengan tindakan Kerajaan BN yang memperkenalkan Rang Undang-undang Perumahan 1Malaysia kerana perkataan 1Malaysia adalah slogan politik BN.

"1Malaysia itu slogan politik, tapi kini jadi satu undang-undang. Ini merupakan satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Menjatuhkan Calon Pilihan Parti Sama Seperti Jatuhkan Parti

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli-ahlinya, perbuatan sabotaj atau menjatuhkan rakan sepasukan sekiranya tidak terpilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum akan datang adalah sama seperti menjatuhkan parti sendiri.

Beliau menambah, pilihan raya ke-13 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja adalah pilihan raya yang paling sengit dan mencabar dalam sejarah negara dan merupakan peperangan yang akan menentukan jatuh bangun parti Umno. "Peperangan ini adalah peperangan seluruh jentera parti, untuk setiap sayap dan setiap ahli.

"Kalaupun tidak dipilih sebagai calon, jangan jatuhkan rakan sepasukan kerana kekalahan rakan sepasukan adalah kekalahan parti secara keseluruhan," katanya pada ucapan dasarnya di Persidangan Perwakilan Tahunan Puteri Umno di PWTC pada Rabu.

Beliau memberitahu, Puteri juga berpotensi untuk menjadi calon boleh menang pada pilihan raya yang akan datang.

Bagaimanapun, beliau menambah, Puteri akan terus menyokong sesiapa sahaja calon boleh menang yang bertanding meskipun tiada ahli Puteri disenaraikan.

"Puteri hendaklah menjadi tulang belakang untuk transformasi politik yang dicadangkan oleh perdana menteri.

"Puteri datang daripada rakyat dan kepada merekalah Puteri akan kembali menabur khidmat," katanya dan menambah, Puteri merasa setiap jerih rakyat.

Beliau juga berkata, Puteri akan bangun mempertahankan Umno jika dikutuk selain akan tegar menentang jika ada yang berani menghina atau mempertikaikan hak Melayu atau mempermainkan Islam. mStar

Umno kini parah, akibat buatan pemimpinnya sendiri

Moaz Nair, Malaysia Chronicle

Perhimpunan pada disember 2011 akan menjadi penebus pskologi untuk Umno sebelum ia berdean dengan pilihanraya. Ada pengkritik yang berpendapat bahawa keputusan sudah pun dibuat dan Umno tidak dapat diselamatkan. Umno sudahpun dianggap lemah dibawah kepimpinan ini.

Walaubagaimanapun, ramai dikalangan pemimpin Umno akan tetap mengutarakan retorik tidak tidak masuk akal untuk memastikan ahlinya menyokong mereka pada Pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan berkemungkinan besar awal tahun depan. Tidak ramai dikalangan mereka sedar bahawa kebanyakkan ahli mereka sebenarnya gundah gulana memikirkan kepimpinan parti.

Ramai ahli yang sedar bahawa tidak semuanya baik diantara parti itu dengan BN. Imej yang semakin teruk telag menyebabkan kebanyakkan ahlinya menjadi terdesak. Mereka sekarang tidak mempunyai banyak pilihan dan terus menggunakan seks, bangsa, agama dan kesetiaan untuk memenangi hati pengundi Melayu. Strategi itu juga tidak memberikan impak yang baik untuk parti untuk pilihanraya seterusnya.

Delegasi itu nanti, walaupun berasa kecewa, mungkin akan tidak menyentuh mengenai hal-hal yang penting yang merosakkan Umno kerana elemen feudal mereka akan menyebabkan wujud pendekatan laissez-affair dalam politik. Delegasi akan berkemungkinan berdiam diri kerana takut mereka akan dicela sekiranyan mereka mengkritik pemimpin.

Retorik panas daripada delegasi semasa perhimpunan itu akan menjadi seperti icing pada kek yang buruk. Tindakan mengapi-apikan sentiment agama dan bangsa hanya akan menutup kelemahan mereka seraya mengaburi pandangan ahli mereka. Ramai ahli akan tetap menghadiri persidangan tetapi mereka tetap berasa marah terhadap prestasi pemimpin Umno. Kebanyakkan pemimpin mereka sekarang ini sememangnya tidak menyinar langsung.

Mereka sedar bahawa kebanyakkan pemimpin Umno merupakan beban buat parti itu sendiri yang sudahpun berusia 55 tahun dan mereka mungkin juga mahu pembangkang menang dalam pilihanraya seterusnya supaya ini dapat menyedarkan dan membersihkan Umno. Ini adalah harapan terpendam ahli Umno memandangkan mereka tidak boleh dilihat menyuarakan kekecewaan mereka di perhimpunan itu nanti kerana takut boleh di ambil tindakan. Drama-drama dan gimik-gimik perhimpunan itu nanti akan tetap di ketengahkan oleh media kerajaan walaupun orang ramai sebenarnya tidak lagi berminat dengannya.

Menunggang kuda yang salah

Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat seperti suka menunggang kuda tetapi, beliau tidak cukup mengkaji kuda yang suka meruntuhkan tiang sosial masyarakat Malaysia. Beliau sebenarnya telah menunggang kuda yang salah iaitu Perkasa untuk membawa kejayaan kepada Umno dan BN pada pilihanraya umum tahun depan.

Mahathir sedang membuatkan kehadirannya dalam Perkasa dirasai dan mengetengahkan Najib Razak sebagai pemimpin yang lemah dan cuba sedaya upaya mengatur Umno dan BN untuk membaikpulih imej nya sebagai perdana menteri. Najib dilihat oleh ramai sebagai membawa banyak masalah personal dan psikologi bersama beliau. Beliau gagal meredakan kemelut dalam Umno dan Mahathir sedar akan perkara ini.

Mahathir lantang mengkritik polisi kerajaan yang dibuat oleh mereka yang mentadbir selepas beliau – yang dipilihnya sendiri, Abdullah Badawi. Gagal untuk menutup mulut beliau dan tidak mahu melihat Umno jatuh ibarat pokok yang buruk, beliau telah sekali lagi bersuara mengenai beberapa polisi Najib walaupun dengan rasa was-was kerana takut Najib akan jatuh dan Umno juga musnah.

Mahathir sedar bahawa masalah peribadi pemimpin, rasuah yang semakin menjadi-jadi, penyalahgunaan wang cukai, kelembapan ekonomi, ketidak-adilan dan kecekapan kerajaan akan membawa negara kepada kehancuran.

Ahli UMNO yang berharap

Mahathir merasakan bahawa jika dia terus mengkritik Najib dengan keras, UMNO akan hancur dan tidak boleh diperbaiki. Jika dia senyap UMNO akan jatuh. Pada masa-masa tertentu, Mahathir terpaksa menghadapi dilema ini – bukan sebab dia sayang Najib tetapi dia terlalu cinta pada UMNO.

Mahathir juga terhutang budi dengan Allahyarham ayahanda Najib, Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua Malaysia), kerana membawa dia kembali ke dalam UMNO selepas dia dipecat daripada parti pada tahun 1969 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama negara. Apa lagi, Mahathir juga tidak sanggup melihat musuh politik nombor satunya, Anwar Ibrahim, menjadi perdana menteri - sekurang-kurangnya semasa dia masih wujud. Tidak mengapa jika Anwar menjadi Perdana Menteri selepas kematian beliau. Atas sebab ini, Mahathir telah menyokong Perkasa - menunggang 'kuda' yang salah dan memikirkan bahawa pasukan UMNO yang ditolak ini boleh menyelamatkan UMNO. Beliau telah mencipta satu kesilapan besar untuk dirinya sendiri dan UMNO dengan langkah ini.

Jika dikaji selidik dalam talian ini boleh diambil sebagai penunjuk keadaan, maka UMNO akan menghadapi masalah dalam dalam pilihan raya umum akan datang. Sejumlah besar responden dari kalangan 1879 pengundi Melayu yang berpotensi dan 1657 pengundi bukan Melayu di negara ini (limitasi pengajian: Korpus hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai akses kepada Internet) tidak berpihak kepada Mahathir, Perkasa mahupun Ibrahim Ali:

# 1 Apakah Mahathir masih relevan kepada orang Melayu? Ya (29 peratus) Tidak (68 peratus) No response (3 peratus)

# 2 Bolehkah Perkasa membantu UMNO memenangi Pilihan Raya Umum akan datang? Ya (9 peratus) Tidak (83 peratus) No response (8 peratus)

# 3 Apakah Perkasa suatu liabiliti kepada UMNO? Ya (84 peratus), Tiada (9 peratus), No response (7 peratus)

# 4 Adakah UMNO memerlukan Perkasa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang? Ya (3 peratus), No (85 peratus), No response (12 peratus)

# 5 Adakah parti-parti komponen Barisan Nasional (di luar UMNO) selesa dengan Perkasa? Ya (1 peratus), No (94 peratus) No response (5 peratus).

# 6 Perkasa menjejaskan peluang bukan Melayu mengundi untuk Barisan Nasional (BN)? Ya (87 peratus), Tiada (3 peratus), No response (10 peratus)

# 7 Apakah Perkasa liabiliti kepada Barisan Nasional (BN)? Ya (93 peratus), Tiada (3 peratus), No response (4 peratus)

# 8 Patutkah Perkasa menjadi sebuah parti politik? Ya (18 peratus), No (54 peratus), No response (28 peratus)

# 9 Apakah Perkasa ikhlas dalam peranannya dalam menyatukan orang Melayu? Ya (5 peratus), No (86 peratus), No response (9 peratus)

# 10 Adakah Perkasamemcahbelahkan orang Melayu lebih daripada menyatukan mereka? Ya (79 peratus), No (11 peratus), No response (10 peratus)

# 11 Adakah Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (9 peratus), No (79 peratus), No response (12 peratus)

# 12 Adakah bukan Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (2 peratus), No (95 peratus), No response (3 peratus).

# 13Patutkah UMNO berbaik-baik dengan Perkasa untuk mendapatkan semula undi Melayu? Ya (8 peratus), No (83 peratus), No response (9 peratus)

# 14 PAtutkah UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa? Ya (87 peratus), Tiada (6 peratus), No response (7 peratus).

# 15 Bolehkah sekiranya Perkasa menjadi satu platform yang lebih baik untuk orang Melayu berbanding UMNO, PAS atau PKR? Ya (4 peratus), No (89 peratus) No response (7 peratus).

Najib dilihat sebagai pemimpin yang lemah

Bertentangan dengan apa yang Mahathir fikirkan mengenai dirinya, kebanyakan pengkritik melabelkan beliau sebagai dinasor dalam politik Malaysia. Kepada rakyat, beliau telah dianggap sebagai sudah melepasi jangka hayat politik beliau, konservatif, tua dan tidak relevan.Mahathir yang keras kepala masih belum mahu menarik brek politiknya walaupun dengan usia tuanya itu dan selepas meninggalkan kerajaan 8 tahun yang lalu – dan ini lebih mengecewakan beberapa pemain muda dalam UMNO, seperti Khairy Jamaluddin.

Banyak lagi dalam UMNO yang tidak berada dalam buku baik beliau, tidak cukup gembira kerana Mahathir mati terhadap mereka. Najib, yang dilihat sebagai pemimpin yang lemah, tidak mempunyai pilihan lain tetapi sedang berhati-hati supaya tidak menyinggung perasaan Mahathir, kerana dia mampu membawa kembali apa yang telah berlaku kepada pendahulunya, Abdullah, perdana menteri kelima Malaysia. Namun, akhir-akhir ini, Mahathir telah agak terganggu dengan beberapa keadaan yang tidak menyenangkan yang berlaku dalam UMNO. Kepada kepimpinan yang ada sekarang, Mahathir tidak akan teragak-agak untuk memberi petunjuk bahawa bagi setiap lelaki yang 'gagal', ada seorang wanita.

UMNO kini dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai parti yang lemah dan bersandar sepenuhnya kepada Perkasa untuk memenangi sokongan Melayu yang telah hilang. Sebaliknya, Perkasa, telah dengan jayanya membawa perkauman seraya memberi imej buruk kepada UMNO. UMNO telah membuat kesilapan besar dalam politik dengan memberi gambaran kepada rakyat bahawa Perkasa adalah pasangan sejiwa parti itu dan ini telah menimbulkan kemarahan MCA, MIC dan Gerakan.

Oleh itu, Perkasa bukanlah aset kepada UMNO, ia telah memakan diri sendiri dan ini membuatkan imej BN terjejas dengan teruk. Perkasa - sebuah organisasi yang tidak penting dalam politik Malaysia - juga ditolak pihak yang berpendirian sederhana di dalam UMNO. UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan undi penting dalam pilihan raya umum akan datang jika Perkasa dibiarkan berbuat sesuka hati dan Mahathir berterusan merungut tentang rasa tidak puas hati mengenai hal-ehwal UMNO.

Mahathir silap dalam analisisnya pada tahun 2008 mengenai hasil pilihan raya umum. BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum 2008 bukan kerana perpecahan Melayu tetapi orang Melayu sebenarnya bersatu dalam melumpuhkan BN kerana keangkuhan dan ketidakcekapannya.Keputusan pilihan raya bukan sahaja menunjukkan kehadiran perpaduan Melayu di negara ini tetapi juga perpaduan Malaysia yang menjadi petanda baik bahawa Malaysia adalah untuk semua orang.

BN menyerahkan 82 kerusi persekutuan dan lima kerajaan negeri kepada pembangkang dalam pilihan raya Mac 2008 dan ini telah mencerminkan demokrasi yang sihat di negara ini yang dalam jangka masa panjang akan membawa keadilan politik yang lebih baik kepada negara. Kelihatan seperti bukan sahaja sejumlah besar orang Melayu tidak akan menyokong UMNO, malah kebanyakan daripada kumpulan etnik yang lain juga tidak akan mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Rakyat Malaysia akan menjadi Bangsa Malaysia

Pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan sekali lagi undi perpecahan di kalangan semua kaum di negara ini. Kaum atau agama tidak akan menjadi kriteria utama yang akan menentukan gabungan yang akan mendapat kemenangan. Isu-isu yang akan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum yang akan datang adalah ekonomi, rasuah, kadar jenayah yang semakin meningkat, sistem pendidikan yang lemah dan kos hidup yang tinggi. Bangsa dan agama tidak akan menjadi pembolehubah yang penting dalam menentukan gerak balas pengundi. Rasuah, skandal, kepura-puraan di kalangan pemimpin dan keangkuhan – adalah sesuatu yang biasa di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN – inilah yang akan membawa rakyat pelbagai kaum dan agama untuk bersama-sama menggulingkan tuan-tuan politik yang sedia ada di peringkat persekutuan.

Sekali lagi, orang bukan Islam tidak akan teragak-agak untuk mengundi PAS dan orang Melayu juga tidak ragu-ragu untuk mengundi calon-calon yang bukan Islam kali ini. Penekanan secara tiba-tiba Mahathir dan Ketuanan Melayu tidak akan berjaya kerana orang ramai melihat ini sebagai helah politik UMNO untuk terus berkuasa dan kekal angkuh. Atas alasan ini, kelihatan seperti rakyat Malaysia akan menjadi Bangsa Malaysia, yang tidak henti-henti dicanangkan oleh Mahathir semasa tempoh beliau sebagai Perdana Menteri dan idea beliau ini didokumenkan dalam Memoirs (2011). Mahathir seharusnya berasa gembira melihat visi beliau yang akan menjadi kenyataan - Bangsa Malaysia - kini menjadi kenyataan selepas beliau tidak lagi menjadi perdana menteri negara:

"Kita perlu mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Walaupun lahir dari pelbagai kaum, semua rakyat Malaysia telah melihat diri mereka sebagai rakyat dari negara yang sama.Walaupun berbeza asal-usul kita, kita menuju ke arah yang sama. Kita juga mungkin berbeza dari segi politik tetapi kesetiaan dan dedikasi kepada negara tidak tergugat. Kami semua, tanpa pemisah atau had, sebahagian daripada satu Bangsa Malaysia - satu umat Malaysia, satu tapi pelbagai "(p597-8).

UMNO perlu undi bukan Melayu sepertimana ia memerlukan undi Melayu, UMNO tidak boleh dilihat sebagai parti Melayu 'unggul' seperti yang Perkasa atau Mahathir mahukan.UMNO telah mengambil petunjuk dari PAS, PKR dan DAP di mana pemimpin-pemimpin mereka secara rasional berpendapat bahawa parti-parti politik harus memenuhi keperluan masyarakat yang berbilang kaum walaupun terdapat kepelbagaian dalam bangsa atau agama.

UMNO menolak Perkasa yang membuang masa mereka memperjuangkan isu-isu perkauman yang mungkin relevan dalam tahun 1940-an tetapi tidak dalam era ini. Ektrimis kaum juga harus sedar bahawa bangsa Melayu bukanlah baka tulen. Mereka banyak bercampur-campur dan sebahagian besar daripada mereka lebih toleransi kepada orang-orang berbilang kaum dan beragama lain. Orang-orang Melayu moden tidak melihat pada bangsa atau agama sebagai perkara-perkara yang penting dalam politik. Mereka kini mencari pendidikan, ekonomi dan kerajaan yang bebas rasuah untuk membawa Malaysia ke arah di mana semua rakyat akan mempunyai peluang yang sama dalam masyarakat.

Bangsa dan agama tidak akan memberi banyak kesan dalam politik semasa pilihan raya umum akan datang. Malangnya, UMNO, Perkasa, dan Mahathir ketinggalan dalam pemikiran politik mereka. Pluralisme atau perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang lebih dikehendaki oleh generasi sekarang- orang Melayu dan rakyat Malaysia secara umum.

Bangsa Melayu telah berubah menjadi orang-orang yang matang

UMNO, PAS dan PKR mungkin tidak mempunyai masalah untuk menarik ahli-ahli komuniti yang berbakat. Melayu tidak hidup dalam kepompong seperti pada tahun 1950-an 'atau sebelum itu. Bangsa Melayu telah berubah menjadi orang-orang yang matang yang sanggup untuk menampung mana-mana parti politik yang boleh membawa kepada sebuah kerajaan yang bersih rasuah.

Pilihan raya umum dijangka akan diadakan sekitar awal tahun depan – akan menjadi suatu tugas yang sukar bagi BN untuk mengekalkan Putrajaya. Untuk BN memperoleh dua pertiga majoriti seperti biasa adalah agak sukar untuuk direalisasi. Ada kemungkinan bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya ini dengan majoriti mudah. Rakyat berwajah baru - orang Melayu Cina, India dan Orang Asli sudah bersedia untuk memperbaharui politik dan tadbir urus negara. UMNO dan BN akan berakhir dan menjilat luka-luka mereka sebelum mereka boleh kembali dalam pilihan raya umum masa depan, dan kali ini mungkin dengan pasukan yang lebih bersih.

Sistem dua parti kini semakin serasi dengan jiwa rakyat Malaysia dan ini membimbangkan pemikir UMNO lebih daripada ahli-ahli biasa. Apabila pembangkang semakin popular di kebanyakan negeri, ahli-ahli UMNO akan lebih fokus kepada imej mereka daripada menyatukan parti.

Berjuta-juta ringgit dibazirkan untuk membina imej dan wang yang dibelanjakan untuk rakyat asing untuk tujuan ini mungkin lebih baik digunakan untuk membantu rakyat. Semua akronim hebat untuk pembaharuan ekonomi dan mengherankan minda mereka yang seperti Warren Buffett dan Carlos Slim - belum diterjemahkan ke realiti selepas hampir empat tahun UMNO / BN menjadi kerajaan. Mahathir sedar bahawa tiada apa-apa yang nyata berlaku dalam ekonomi. Apabila tidak banyak langkah yang telah diambil dan ini mengingatkan rakyat Malaysia kepada pemimpin yang terdahulu - Abdullah - yang sedang tidur semasa tugasnya selama hampir dua penggal sebagai Perdana Menteri.

Tiada cara untuk atasi kelemahan

UMNO sangat kuat rasuah sehinggalah ke terasnya kata Mahathir. UMNO akan kucar-kacir dan pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan parti itu kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan. Terdapat puak dan perbalahan dalaman dalam parti. Ramai yang mengintai peluang menjadi pemimpin-pemimpin cawangan. Terdapat ramai yang mengharapkan UMNO untuk membawa masuk wang dan kontrak untuk mereka.

Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun-tahun yang lepas telah menunjukkan bagaimana wang pembayar cukai telah dengan cuai dibelanjakan. Pesalah rasuah telah dilepaskan untuk memelihara imej UMNO dan kerajaan. Dana yang sepatutnya digunakan untuk menghasilkan daging lembu berakhir dengan pembelian kondominium untuk 'lembu suci', begitu juga percutian dan melaksanakan Umrah. Kemelut RM250 juta NFC telah menarik minat yang meluas dikalangan orang awam dan kekecewaan mereka. Pemimpin pula senyap mengenai isu ini.

Tiada siapa dalam UMNO akan mempersoalkan perkara ini kerana setiap ahlinya mempunyai aspirasi untuk menjadi kaya melalui parti. Dari membeli mi Maggie ke kapal selam, rakyat melihat wang pembayar cukai telah disalahguna. Najib terlalu sibuk membina imej peribadinya sehinggakan beliau tiada masa untuk memastikan dana awam dibelanjakan dengan betul.

Mahathir juga bukan penyelesaian untuk UMNO kerana beliau dilihat sebagai orang di belakang kumpulan ekstrimis - Perkasa. MCA, MIC dan Gerakan tidak menyukai Mahathir kerana dilihat mereka sebagai berdiri di atas nama bangsa. UMNO juga secara beransur-ansur menjadi lebih tidak relevan kepada nasib orang Melayu tulen atau pribumi disebabkan campuran India Muslim, Arab, Indonesia dan banyak bangsa asing lain.

Banyak cawangan UMNO kini diketuai oleh mereka yang berfikiran wang dan sesetengah daripada mereka bukanlah Melayu tulen atau yang Asli. Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan Disember ini akan menyaksikan satu protes senyap daripada wakil-wakil terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang sedia ada kerana mereka mempunyai firasat bahawa UMNO dan BN akan mempunyai harapan yang sedikit untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

UMNO meninggal dunia akhirnya

Kali ini perwakilan UMNO perlu bimbang mengenai imej kendur parti tersebut. Pilihan raya umum akan datang akan melihat sistem dua parti berbalah untuk kuasa yang boleh membawa kepada kematian akhirnya. Kerajaan yang mengamalkan rasuah pasti tidak akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Disember tidak syak lagi akan menjadi suam-suam kuku kerana delegasi takut membangkitkan isu yang menyelebungi parti itu dan memikirkan penyelesaian untuknya. Perwakilan akan menghadiri perhimpunan itu dengan perasaan teragak-agak kerana mereka tidak akan mampu untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Seolah-olah mereka tidak gembira dengan kepimpinan mereka dan akan teragak-agak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Pelantikan menteri kebanyakkan melalui pintu belakang telah mengecewakan banyak ahli UMNO. Mereka juga melihat pelantikan Ezam Mohd Nor dan Nallakarupan KS - sebagai senator sebagai helah politik untuk menyelamatkan kepimpinan atasan lebih daripada segala-galanya. Ini telah menghina kebijaksanaan kebanyakkan ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia biasa, dan dianggap oleh rakyat sebagai satu pembaziran wang pembayar cukai.

Ekonomi terus lemah dengan kos sara hidup meningkat. Berjuta-juta ringgit yang dibelanjakan untuk membina imej pemimpin disia-siakan dan tidak memihak kepada akar umbi. Pengundi juga tidak gembira dengan rasuah yang berleluasa dalam kerajaan dan politik berat sebelah dan pilih kasih yang berlaku di dalam BN serta memburukkan imej Umno.

Dalam UMNO, minda Melayu agak feudal dan kebenaran tidak dapat diucapkan secara langsung, terutama apabila ia menyentuh tentang orang-orang diperingkat tertinggi dalam hierarki politik atau sosial. Mereka akan menyimpannya seperti bom masa dalam perasaan dalaman mereka sehingga pilihan raya umum akan datang ia akan meletup. Ramai ahli UMNO akan mengundi pembangkang seperti apa yang mereka lakukan pada tahun 2008 – inilah satu-satunya cara untuk memperbaiki akhlak UMNO dan BN mengenai politik dan tadbir urus yang sepatutnya. Malaysia Chronicle

Komen 'Ku Klux Klan' Ahmad Maslan beri banyangan apa yang bakal disajikan kelak

Maria Begum, Malaysia Chronicle

Dalam pusingan yang terakhir pilihan raya yang ke-13 di mana Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dijangka memberikan satu cabaran yang sukar kepada dominasi 5-dekad-parti politik Perdana Menteri Najib Razak iaitu Umno- pemimpin Umno nampaknya sudah mula untuk menunjukkan panik mereka.

Mereka telah mula melancarkan serangan tidak terkawal habis-habisan - tanpa disedari mengkhianati diri mereka sendiri bahawa merekalah yang berada di sebalik beberapa konspirasi yang dilancarkan untuk Pakatan tahun lalu, seperti tuduhan negeri Kristian terhadap beberapa pastor dan DAP.

"Dalam beberapa minggu akan datang, rakyat Malaysia boleh menyaksikan satu perjalanan yang sangat kasar. Umno berusaha sedaya upaya dengan menggunakan sentimen perkauman dan politik. Mereka tahu mereka telah kehilangan undi Cina dan ramai pengundi bukan Melayu yang lain, jadi mereka akan'hantam' sahaja (memukul). Saya menjangkakan Umno memberi tumpuan untuk mendapatkan undi Melayu, " Naib presdient PKR , Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ia akan menjdai seperti pergaduhan anjing dengan menakut-nakutkan kaum Melayu terhadap orang bukan Melayu, umat Islam terhadap Kristian -tidak kira bagaimana cara sekali pun asalkan ini mampu memecahkan perpaduan nasional. Umno tidak peduli semua ini. Mereka hanya mahu terus berkuasa dan meneruskan perniagaan mereka seperti biasa. "

Dicemari perkauman

Dalam ucapan yang mengejutkan yang penuh dengan sentimen perkauman terhadap orang Cina; Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan memberi amaran pada hari Selasa bahawa Parlimen tergantung akan menyebabkan kerugian teruk kepada orang Melayu termasuk bahasa ibunda mereka.

Dia juga mengeluh mengenai kehadiran wakil Cina yang dipilih untuk Majlis Eksekutif Selangor.

"Kita tidak lagi memegang kuasa. Lihat di Selangor, exco negeri? Ronnie Liu, Xavier, Elizabeth, Teresa Kok, ini adalah agenda DAP, Kristianisasi, "kata Ahmad.

"Jika ada satu senario parlimen tergantung seperti Australia, katakan 112 kerusi kerajaan dan 110 kerusi pembangkang, ia adalah perkara yang paling buruk boleh berlaku. Bahasa Melayu akan hilang, ucapkan sahaja selamat tinggal kepada Sultan Melayu, kerana DAP pembangkang yang tidak menghormati institusi diraja. Mereka tidak pernah menerima gelaran diraja walaupun telah ditawarkan kepada mereka. "

Sumber menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian

Ahmad juga menuduh DAP sebagai "agen Kristiannisasi" walaupun parti itu telah menafikan dakwaan yang dibuat oleh beberapa blogger Umno termasuk pihak akhbar Utusan bahawa DAP mahu untuk menggantikan Islam dengan agama Kristian supaya Perdana Menteri Cina boleh wujud.

"Ucapkan selamat tinggal kepada Islam, kerana DAP adalah ejen Kritianisasi. Dalam bercakap tentang agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini. "

Ahmad berkata demikian pada forum bertajuk "Agenda Melayu Pasca pilihan raya" . Dia sekali lagi cuba untuk memburuk-burukkan PAS di mata orang Melayu dengan mengatakan bahawa parti Islam itu telah mengkhianati masyarakat dengan menyertai gabungan Pakatan Rakyat.

"Saya risau bagaimana PAS boleh bergaul dengan DAP, tidak pula menjalin hubungan dengan Umno. Tidakkah lebih baik sekiranya PAS menyertai BN, dengan itu kita akan mempunyai kira-kira 160 kerusi persekutuan? "Katanya.

Kehilangan kuasa

Ahmad juga menegaskan bahawa "kuasa orang Melayu telah hilang" adalah suatu realiti dengan mendakwa bahawa masyarakat Cina secara perlahan-lahan semakin menguasai politik dan ekonomi negara. Ini, katanya terbukti kerana orang Cina adalah yang paling ramai mendaftar sebagai pengundi. Pada tahun 2008, UMNO kehilangan 82 daripada 222 kerusi Parlimen kepada Pakatan.

"Belia Cina berumur 21 tahun telah mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana pula orang Melayu? Ada yang berusia 31 dan mereka masih belum mendaftar.

Komen-komen Ahmad nampak sekali kelainannya memandangkan kedua-dua Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi jaminan bahawa parti Umno bukan perkauman dan menyalahkan Pakatan yang menuduh mereka sebegitu.

"Jadi apabila kita bercakap tentang kepentingan Melayu, ia tidak bermakna kita bersifat perkauman kerana kumpulan terbesar dalam masyarakat Malaysia sama ada anda suka atau tidak masih lagi orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam," Muhyiddin berkata.

Ku Klux Klan

Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan bermula dengan mesyuarat pra-majlis pada petang Selasa. Najib dijadualkan untuk menyampaikan "mesej penting" kepada perwakilan dalam usaha untuk merapatkan barisan ahli-ahli dan bersedia untuk PRU-13. Ia akan berakhir pada 3 Disember.

Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri dijadualkan akan dibuka pada masa yang sama oleh Muhyiddin pada malam ini jam 9. Sejumlah 5447 perwakilan akan menghadiri perhimpunan, yang terdiri daripada 2627 daripada 191 bahagian Umno, 944 Wanita, 942 Belia dan 934 ahli-ahli Puteri di seluruh negara.

"Jika komen-komen Ahmad Maslan adalah prebiu untuk perhimpunan tersebut, orang bukan Melayu boleh bersiap sedia untuk satu sesi menghentam dalam gaya Ku Klux Klan daripada perwakilan Umno pada tahun ini," kata Jui Meng. Malaysia Chronicle

Merakyatkan ruang awam!

Josh Hong


Pada Mei 1998, pemberontakan anti-Suharto mengambil tempat di Jakarta, ibu kota Indonesia. Saya masih ingat saya mengikuti perkembangan melalui siaran BBC dan CNN. Puluhan ribu anak muda membanjiri satu kolam air di pusat bandar, melaungkan "Reformasi". Dalam satu minggu, diktator Suharto terpaksa berundur.

Lokasi demonstrasi yang penting ini adalah Bundaran Hotel Indonesia (BHI). Saya sempat kunjung ke situ beberapa tahun kemudian. Ekonomi Jakarta berkembang pesat. Macet total (kesesakan jalan raya) hampir pasti berlaku setiap Jumaat, yang memeningkan kepala penduduk tempatan.

Sungguhpun demikian, lokasi ini masih pilihan pertama pertubuhan masyarakat sivil, agama dan pembangkang ketika mengadakan perhimpunan. Selain lokasinya yang strategik kerana berada di pusat bandar, tempat ini dikelilingi beberapa hotel lima bintang. Pelancong asing mampu meninjau secara jelas budaya demokrasi yang dinamik di Jakarta. Seorang rakan sekerja saya dari Indonesia dengan bangganya memberitahu saya, selepas transformasi demokrasi, tiada lagi keganasan berlaku di situ, semua demonstrasi dan perhimpunan berjalan secara aman.

Kini, demonstrasi yang berlaku di Jakarta tidak lagi sebesar dahulu, dari segi bilangannya, tetapi lebih kerap diadakan. Rakyat dalam sesebuah negara demokrasi sepatutnya memiliki hak berhimpun pada bila-bila masa, biarpun hanya disertai dua tiga orang sahaja. Sesungguhnya, kebanyakan perhimpunan gagal memaksa kerajaan untuk mengubah dasarnya - misalnya gerakan anti-nuklear pada tahun 1960-an di Jepun dan demonstrasi membantah serangan terhadap Iraq di Eropah pada tahun 2003 - kesemuanya gagal mengubah keadaan, tetapi tidak mengubah realiti bahawa ia adalah hak asasi seseorang warga negara.

Mereka yang memegang kuasa semuanya takut dicabar, dan tidak akan mempunyai inisiatif untuk melepaskan kuasa dalam genggamannya. Seandainya kita mengimbas proses bagaimana regim komunis ditamatkan di Eropah Timur pada tahun 1980-an, dan meneliti pengalaman negara Asia seperti Filipina, Korea, Indonesia, Thailand dan Taiwan - kita akan mendapati bahawa demokrasi tidak akan jatuh dari langit, tetapi diperjuangkan dengan titisan darah rakyat. Kesemua contoh ini berkongsi satu persamaan yang unik, iaitu rakyat turun ke jalan raya untuk memaksa penguasa agar jalan raya sebagai ruang awam dikembalikan kepada rakyat. Perkembangan senario di Tunisia dan Mesir sejak awal tahun ini sekali lagi membuktikan teori bahawa tiada demokrasi tanpa perjuangan.

Gerakan buruh dan mahasiswa di Malaysia selepas pertengahan tahun 1970-an tidak sebesar sebagaimana yang berlaku di negara jiran. Meskipun gerakan Reformasi berlaku pada tahun 1998, namun demonstrasi jalanan kebanyakannya disertai oleh pembangkang dan sebahagian pertubuhan masyarakat sivil, malah ditunjangi orang Melayu. Justeru itu, perjuangan di Malaysia tiga dekad kebelakangan ini kurang diolah dengan hujah "kelas", sebaliknya diwarnai dengan corak mono-etnik.

Perhimpunan BERSIH pada November 2007 biarpun diwarnai kepelbagaian etnik, namun tidak jelas. Dua minggu selepas itu, perhimpunan HINDRAF kembali kepada struktur mono-etniknya, mencungkil pandangan berbeza dalam pertubuhan masyarakat sivil yang melangkaui kaum.

Sehingga perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, peserta meluahkan perasaan mereka ketika menentang penguasa dengan bahasa yang berlainan, menyanggah wacana perkauman yang digunakan berulang-kali pemerintah sepanjang tahun-tahun ini. Najib yang keraguan menjangka rintihan rakyat boleh disekat dengan menafikan pilihan stadium, namun flip-flop beliau sebaliknya mencetuskan kemarahan rakyat - yang berakhir dengan lebih ramai yang turun ke jalan raya, lantas menghayati gerakan demokrasi yang melangkaui etnik - dalam semburan gas pemedih dan meriam air berkimia.

Jelas, Najib tidak bijak apabila mengambil langkah sebegini. Seandainya beliau mengotai janjinya untuk menawarkan stadium, maka mustahil wujud rasa kepercayaan sesama kaum yang berbeza, yang tercetus lantaran kekerasan yang digunakan.

Sesungguhnya, apa yang ditakutkan pemerintah adalah penghayatan gerakan demokrasi melangkaui kaum. Jangan lupa bahawa UMNO memaksa penjajah Inggeris untuk menggugurkan Malayan Union melalui jalan raya, dengan sentimen perkauman. Pada ketika itu, MCA yang tidak pernah mengerti apa itu demokrasi belum pun lahir. Selepas ditubuhkan, MCA hanya menumpang hasil politik. Selepas setengah abad, UMNO hanya mahu memonopoli hak untuk berhimpun; dan MCA pula kebingungan, tidak tahu apa hasrat rakyat.

RUU yang diketawakan Myanmar

Kini, "rakyat semakin bijak" menjadi arus yang sukar ditongkah. Bagaimana untuk menyahut cabaran dari kalangan rakyat, sementara kepentingan diri dilindungi? Maka Najib yang oputunis dari dulu hingga kini memikirkan rang undang-undang untuk "mencegah" perhimpunan aman, yang akan diketawakan orang Myanmar. Beliau ingin mengurung peserta demonstrasi dalam stadium, agar senang dikawal, malah boleh mengelakkan perarakan secara terbuka - terdedah kepada orang ramai, malah perkongsian mesej politik dengan orang yang melalui di situ.

Dua bulan yang lalu, Najib yang flip-flop mengumumkan pemansuhan ISA dan menamatkan darurat, lantas sesetengah pengamal media tanpa segan silu menyifatkan bahawa langkah ini telah melonjakkan demokrasi "10 malah 20 tahun ke depan". Mereka yang menyifatkan langkah kosmetik Najib sebagai "lonjakan demokrasi" bukan sahaja memperlihatkan "terasingnya diri dari realiti politik", malah adalah satu penghinaan kepada negara yang mengalami transformasi demokrasi secara besar-besaran.

Selepas berundurnya Suharto, Indonesia kian pantas meluncur dalam landasan pendemokrasian, termasuk memperbetulkan diskriminasi terhadap kaum minoriti, orang Cina melalui undang-undang. Kita diperlihatkan bagaimana Myanmar berubah dari sebuah negara yang menindas revolusi pada September 2007, kepada pembebasan Aung San Suu Kyi, dan membenarkan rakyatnya berhimpun pada hari ini - perubahan inilah yang wajar dupuji.

Sudah banyak kali Najib gagal bertegas dalam pendiriannya untuk membawa pembaharuan sejak menyandang jawatan Perdana Menteri. Bilangannya mungkin tidak kurang daripada Abdullah Ahmad Badawi. Namun, masih ramai yang mahu membelanya. Misalnya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah yang mahu menonjol dirinya dengan imej "keterbukaan", merungut bahawa isi kandungan Rang Undang-Undang "bercanggah dengan pandangan Perdana Menteri". Malah, kolumnis Sinchew Daily Tay Tian Yan yang berkeyakinan terhadap Najib, mempersalahkan "sesetengah orang dalam kerajaan" untuk kerja lawak seperti ini.

Persoalannya, sebagai ketua kerajaan, namanya berbunyi "tidak cekap" seandainya beliau gagal berpegang teguh kepada pembaharuan yang dijanjikan. Bagaimana Perdana Menteri sedemikian dipertahankan? "Jasanya kerana Perdana Menteri, silapnya kerana Menteri", minda sedemikianlah adalah sisa racun yang ditinggalkan pemerintahan Mahathir, malah kena pada pengamal media yang mendakwa dirinya objektif. Seandainya flip-flop ini berlaku pada pemimpin utama pembangkang, barangkali kritikan tajam telah memenuhi ruang dada akhbarnya.

Jawapan yang paling baik untuk pemimpin yang flip-flop dari janjinya untuk membina sebuah "negara yang paling demokrasi" adalah turun ke jalan raya, berjuang sehingga merakyatkan hak ruang awam seperti Dataran Merdeka.

Apakah perarakan semestinya mencetuskan keganasan? Jangan lagi menakut-nakutkan rakyat dengan Indonesia dan Thailand. Pencetus tumpahan darah di Jakarta pada tahun 1998 dan perang gerila di jalan raya Thailand pada 2010 bukan perhimpunan aman. Pencetusnya adalah pembunuhan mahasiswa oleh diktator Suharto, dan penggulingan kerajaan Thailand oleh tentera. Dengan kata lain, seandainya undang-undang tidak adil, maka politik semestinya tidak tenteram. Mereka yang mahu menyolek imej Najib jangan menterbalikkan logik, sehingga diri menjadi pelawak - memperlihatkan betapa pengecut dan sifat kehambaan dalam dirinya.

*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disunting dan diterjemahkan dari teks asal yang disiarkan pada 28 November 2011.

Sasarkan Cina dan Kristian: Umpama taktik Hitler, kata Guan Eng

Lim Guan Eng


Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan sedang bermain dengan api dengan memangsakan kaum-kaum minoriti di Malaysia sebagai ancaman untuk menakutkan orang Melayu supaya kembali ke pangkuan UMNO. Kedua-dua pemimpin UMNO ini harus berhenti menggunakan kaum Cina dan penganut Kristian sebagai sasaran mudah untuk mencetuskan kebencian dan permusuhan terhadap rakyat Malaysia yang tidak bersalah.

Mengikut laporan, Muhyiddin Yassin (gambar kiri) telah menggunakan isu perkauman untuk meniup semangat ahli-ahli UMNO untuk mempertahankan bangsa, budaya dan institusi negara daripada Pakatan Rakyat (PR), di samping memfitnahkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. DAP mencabar Muhyiddin untuk membuktikan dakwaannya bahawa agenda DAP adalah untuk membentukkan sebuah negara republik. Ini adalah hasutan dan penipuan semata-mata!

Adakah Muhyiddin dan UMNO sudah ketandusan idea sampai apa-apa skandal kerajaan yang dibongkarkan DAP akan dianggap sebagai serangan terhadap kaum Melayu? Bukankah wang awam yang terbabit dalam skandal-skandal kewangan itu kepunyaan orang Melayu juga? Adakah cukup dengan pendekatan Muhyiddin yang mengaku dirinya Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian, sampai prinsip-prinsip demokrasi, integriti, amanah dan ketelusan semuanya boleh diabaikan begitu sahaja?

DAP percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia, sama ada Melayu atau bukan Melayu, akan menolak hujah yang mewajarkan penipuan dan skandal kewangan atas nama perkauman, seperti dalam skandal lembu dan kondo mewah seorang Menteri UMNO, ataupun pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang terlebihan belanja oleh jabatan-jabatan kerajaan sebanyak RM3.7 bilion.

DAP tidak pernah mengambil pendirian anti-Melayu atau anti-Islam. Kenaikan berkali-kali ganda peruntukan untuk hal-ehwal agama Islam di Pulau Pinang serta penerusan peruntukan untuk sekolah-sekolah agama yang telah ditamatkan oleh UMNO menjadi bukti bahawa DAP menghormati Islam dan adil kepada semua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengusir walaupun sebuah rumah kampung Melayu. Satu-satunya rumah kampung Melayu yang pernah dirobohkan di Pulau Pinang telah diroboh oleh pemaju-kaitan-UMNO yang dipengerusikan seorang bekas ADUN UMNO.

Mungkin menjadi strategi politik yang berkesan bagi UMNO untuk mengambil pendirian anti-Cina, anti-India atau anti-Kristian, tetapi hanya parti yang ingin membunuh diri sahaja yang akan mengambil pendirian anti-Melayu atau anti-Islam. DAP tidak ingin membunuh diri tetapi komited ke arah perdamaian kebangsaan dan kerjasama antara semua.

Di manakah pendekatan sederhana yang dijanjikan konsep 1Malaysia Perdana Menteri, apabila Ketua Penerangan UMNO sendiri boleh mengugut Melayu dengan mengatakan bahawa mereka akan kehilangan hak kerana kononnya masyarakat Cina makin bertambah kuasa dari segi politik dan ekonomi, atau dengan mengatakan bahawa DAP tidak menghormati institusi raja kerana enggan menerima pingat atau darjah kebesaran yang membawa gelaran-gelaran seperti Datuk?

Pemimpin-pemimpin DAP tidak pernah mengejar gelaran-gelaran seperti Datuk, bukan macam pemimpin-pemimpin BN yang terhegeh-hegeh mengejarnya. Adakah ini bermakna kami tidak menghormati institusi Raja? Jika begitu, adakah mantan Timbalan Perdana Menteri Ghafar Baba juga seorang yang tidak menghormati institusi raja kerana allahyarham juga enggan menerima apa-apa gelaran semasa aktif berpolitik?

Tambahan pula, bagaimana masyarakat Cina boleh bertambah kuasa dari segi politik dan ekonomi apabila bilangan penjawat awam yang berbangsa Cina makin menurun? Di samping itu, masyarakat Cina sudah tidak lagi menguasai sektor-sektor ekonomi seperti perbankan, insuran, industri automobil, pembinaan, komunikasi dan pengangkutan.

Ahmad (gambar kanan) juga telah menyindir DAP sebagai "agen Kristian" kerana Ronnie Liu, Xavier, Elizabeth, Teresa Kok merupakan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Setelah disiasat berulang kali, pihak berkuasa sudah pun mengakui bahawa tidak ada berlaku sebarang penyebaran agama Kristian oleh DAP. Adakah seseorang itu tidak berlayak untuk menjadi ahli EXCO kerana beliau itu seorang penganut Kristian? Tambahan pula, Ronnie Liu bukan seorang penganut Kristian.

Tindakan Ahmad untuk mensasarkan kaum Cina dan penganut Kristian sebagai ancaman kepada orang Melayu adalah perbuatan yang tidak berbeza dengan taktik ketakutan yang digunakan oleh Hilter pada zaman Nazi di negara Jerman untuk mengekalkan kuasa mutlaknya sebagai diktator. Minoriti yang tidak bersalah di negara Jerman telah mengalami penderitaan di bawah pemerintahan Hitler. Adalah tidak berperikemanusiaan bagi UMNO untuk menggunakan penipuan dan fitnah yang serupa hanya untuk memenangi sokongan Melayu.

Iklim ketakutan, permusuhan dan kebencian yang digalakkan UMNO bukan sahaja bertentangan dengan 1Malaysia malah membinasakan perpaduan negara dan keharmonian kaum. Kita semua tahu kerosakan yang telah dibawa oleh Hitler kepada negara Jerman. Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah bersatu dalam pilihan raya umum yang akan datang untuk menghalang UMNO daripada melakukan kerosakan yang sama kepada negara Malaysia.

Baca: Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

Kita bakal letak calon pemimpin BN?

Keputusan ini berdasarkan tindakan pemimpin Umno, MCA dan MIC yang terpinggir menghubungi Kita untuk tujuan berkenaan, kata Pengerusi Kedah Zamil Ibrahim.



PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) menimbang untuk meletak pemimpin Barisan Nasional (BN) yang terpinggir sebagai calon parti itu dalam pilihan raya umum akan datang (PRU13).

Keputusan ini berdasarkan tindakan beberapa pemimpin Umno, MCA dan MIC yang terpinggir menghubungi Kita untuk tujuan berkenaan, kata Pengerusi Kedah Zamil Ibrahim.

“Pemimpin Umno dan BN yang merasa terpinggir sila hubungi Kita kerana kami menawarkan peluang dan tempat kepada pemimpin yang merasakan mereka masih berpengaruh,” katanya.

Kita dipimpin oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri BN dan naib presiden PKR sebelum meninggalkan parti itu tahun lalu.

Beliau mengambil alih teraju kepimpinan Kita pada Disember lepas dan parti itu mensasarkan bertanding di Kelantan dan Selangor dalam PRU13 nanti.

Zamil berkata, mungkin pimpinan BN dan Umno tidak nampak potensi pemimpin mereka yang terpinggir itu tetapi parti Kita nampak perkara ini dan ia merupakan satu bonus kepada parti baru seperti Kita.

“Ada di kalangan mereka yang saya rasa layak menjadi calon Kita di Kedah jika mereka benar-benar ingin menyertai parti dan saya cabar mereka membuat perubahan dan menonjolkan diri bersama Kita dan bukan berada di belakang tabir,” katanya.

3.4 juta ahli, belum tentu Umno menang p’raya

"(Ini kerana) ahli Umno hanya satu per empat daripada 12 juta pengundi," kata Ahmad Maslan.


KUALA LUMPUR: Anggota Umno diminta tidak mendabik dada dengan kejayaan parti mendaftarkan 3.4 juta anggota setakat ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, jumlah sebesar itu belum menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“(Ini kerana) ahli Umno hanya satu per empat daripada 12 juta pengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agenda Melayu ke-7 anjuran Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini kira-kira tiga juta anggota Umno adalah pengundi berdaftar.

Justeru katanya, semua anggota Umno perlu berusaha keras meraih sokongan pemilih lain, terutama yang ‘di atas pagar’.

“…..kita kena dekati dan tarik pengundi selebihnya untuk menyokong Umno dan BN,” katanya.

PAS T’ganu sudah hantar senarai calon

Termasuk dalam senarai itu ialah calon muda dan baru tetapi berpotensi menang dalam pilihan raya umum ke 13.



PETALING JAYA: PAS Terengganu sudah menghantar senarai calon kepada ibu pejabat parti untuk pilihan raya umum ke 13, kata Pesuruhjaya Negeri, Abdul Wahid Endut.

Ketika dihubungi FMT hari ini beliau berkata, termasuk dalam senarai itu ialah calon-calon muda dan baru tetapi berpotensi untuk menang.

“Senarai calon itu dicadangkan oleh negeri, cawangan dan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing dihantar kepada Majlis Syura untuk kelulusan,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata ia adalah senarai awal dan nama itu mungkin berubah mengikut keperluan dan kesesuaian.

Mengenai muka baru atau calon muda, Abdul Wahid enggan menyatakan jumlah sebenar senarai calon yang dihantar ke Majlis Syura itu.

Beliau juga memberitahu calon PAS yang kalah dalam pilihan raya umum lalu dicalonkan semula kali ini jika nama mereka termasuk dalam cadangan PAS cawangan, kawasan, Dun atau PAS negeri.

Populariti calon

Abdul Wahid berkata, walau pun PAS Pusat menetapkan setiap Dun menghantar tiga nama tetapi ada juga yang menghantar lima hingga enam nama.

“Kriteria pemilihan calon biasanya berdasarkan populariti d kalangan masyarakat. Kalau calon di peringkat setempat, lebih kepada, dari segi populariti calon itu sendiri dengan masyarakat di peringkat Dun dan cawangan.

“Kita mahu yang aktif dan berdampingan dengan masyarakat pada setiap hari,” tambah beliau.

Sabtu lalu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS akan meneliti bakal calon untuk pilihan.

Balkis: Mahkamah tangguh semakan kehakiman

FREE MALAYSIA TODAY

Balkis menjadi bahan perbualan apabila MB Selangor dakwa penyalahgunaan dana melibatkan Presidennya Zaharah Kechik, isteri Dr Khir Toyo.



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan keputusan permohonan semakan kehakiman oleh kerajaan Selangor dan
sembilan lagi berhubung keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membatalkan pendaftaran Persatuan Kebajikan dan Amal Isteri- isteri Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen Selangor (Balkis), pada 15 Dis ini.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh tersebut di dalam kamar hari ini.

Permohonan semakan kehakiman tersebut difailkan oleh 10 pemohon – kerajaan Selangor, isteri Menteri Besar Selangor Puan Sri Salbiah Tunut, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings

Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering and Construction Bhd -
mencabar keputusan ROS.

Balkis menjadi bahan perbualan apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa bahawa terdapat penyalahgunaan dalam dana Balkis di bawah bekas Presidennya Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

Dalam permohonan itu, para pemohon antara lain memohon satu perintah untuk mengetepikan keputusan ROS, satu pengisytiharan bahawa keputusan itu batal dan tidak sah serta mendaftarkan semula (mengambil) pertubuhan itu (Balkis). Bernama

Dakwaan ejen Kristian, PKR, PAS kecam Ahmad Maslan

PKR mahu ketua penerangan Umno minta maaf kepada DAP.



PETALING JAYA: Dua parti politik gabungan Pakatan Rakyat – PAS dan PKR – marah dan kecewa dengan tuduhan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa DAP ejen Kristian.

Dengan lantang PKR meminta Ahmad yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri meminta maaf kepada DAP atas tuduhan yang tidak benar itu.

“Ahmad menghina Islam dan membuat kenyataan yang salah, perbuatan mencaci dan menghina bukan kelakuan orang Islam.

“Bertentangan dengan konsep wasatiyah atau kesederhanaan yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pegangan orang Islam,” kata ketua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Ripin hari ini.

Semalam Ahmad dilapurkan sebagai berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

‘Apa beza MCA dalam BN’

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja… mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian… dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad semalam pada satu forum Umno sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan Ahmad itu menunjukkan kejahilan dan kedangkalan memahami politik negara.

Katanya, pemimpin Umno kena tunjuk bukti yang mengatakan DAP ejen Kristian.

Beliau menegaskan negara ini mempunyai perlembagaan yang mengawal negara.

“Apa masalahnya dengan orang Kristian? Apa bezanya MCA dalam BN,? tanya beliau.

Hanya 46 peratus wanita Malaysia yang bekerja

MALAYSIA KINI

Penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini adalah hanya 46 peratus, satu kadar paling rendah di rantau ini berbanding negara jiran pada 70 peratus, kata Timbalan
Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

NONEBeliau berkata kerajaan menggalakkan golongan wanita tempatan terutamanya suri rumah untuk memasuki pasaran pekerjaan sebagai usaha agar bilangan tenaga kerja asing di negara ini dapat dikawal.

"Kementerian sedang memikirkan strategi meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja tempatan kerana negara memang ada tenaga tempatan yang masih boleh digunakan tetapi memerlukan pelbagai sokongan dan insentif.

"Kita turut menggalakkan rakyat yang boleh bekerja tetapi tidak bekerja contohnya suri rumah, pesara, OKU dan pelajar ke pasaran pekerjaan dengan mewujudkan peraturan kerja separa waktu iaitu kerja kurang dari lapan jam tetapi masih mendapat hak sebagai pekerja antaranya kelebihan KWSP, SOCSO dan cuti," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) yang ingin tahu kadar kebergantungan negara kepada tenaga buruh asing berbanding dengan kesediaan dan kesanggupan rakyat tempatan dalam sektor-sektor pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran.

Maznah berkata kebergantungan negara terhadap tenaga buruh asing bersifat sementara dan berdasarkan statistik terkini pekerja asing yang berkhidmat di negara ini yang menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) berjumlah 1.8 juta orang.

police women and headscarves and school girls wearing headscarves"Walaupun Malaysia menjadi pilihan warga asing sebagai lubuk mencari rezeki, kerajaan tidak mengamalkan dasar terlalu terbuka kerana ia dikhuatiri menjejaskan peluang rakyat tempatan untuk meneroka pasaran pekerjaan," katanya.

Jumlah guna tenaga yang bekerja di Malaysia pada masa ini ialah 11.7 juta manakala kadar pengangguran ialah sekitar 3.4 peratus.

Sektor seperti pembinaan, pembuatan, perladangan dan pertanian adalah yang banyak menggajikan pekerja asing.

Maznah berkata mereka yang hendak mendapatkan golongan berkenaan sebagai tenaga kerja hendaklah berdaftar dengan portal JobsMalaysia dan melalui proses Jobs Clearing System.

- Bernama

Mahkamah: Suara Keadilan siar perkataan fitnah Zambry


MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati sembilan perkataan dalam satu artikel yang disiarkan oleh "Suara Keadilan", akhbar PKR, mengenai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir membawa maksud fitnah.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan demikian dalam kamar hari ini dengan dihadiri peguam Datuk Firoz Hussein Ahamd Jamaluddin yang mewakili Zambry selaku plaintif, dan peguam Jamie Wong yang mewakili PKR, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain.

Pada 22 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan tiga perkataan lain dalam artikel yang sama turut membawa maksud fitnah selepas defendan mengakui bahawa perkataan-perkataan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

Firoz Hussein yang ditemui pemberita, berkata mahkamah memutuskan supaya taksiran gantirugi dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar, namun tiada tarikh ditetapkan.

Pada 25 Februari tahun lepas, Zambry memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009-5 Januari 2010, bertajuk "Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Katanya, beliau tidak dihalang dari memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai menteri besar Perak.

Zambry berkata lawatannya ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media, dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Menteri besar Perak itu berkata, perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Beliau menuntut gantirugi RM100 juta, termasuk gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk "Mohon Maaf Dr Zambry" dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar parti keluaran 30 Mac-6 April 2010.- Bernama