MALAYSIA KINI
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan perompak laut bersenjata merampas sebuah kapal tangki yang membawa muatan minyak serta gas bernilai kira-kira RM12 juta di perairan Laut China Selatan, malam tadi.
Panglima Wilayah Laut 1 TLDM Laksamana Pertama Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata kapal tangki MT Nautica Johor Bahru itu dengan 19 anak kapal, terdiri daripada 11 rakyat Malaysia dan lapan rakyat Indonesia, diselamatkan pada 9.10 malam di perairan Wilayah Republik Indonesia selepas mendapat kerjasama Badan Koordinasi dan Keamanan Laut (Bakorkamla) Indonesia, yang memberikan kelulusan kejar buru.
Beliau berkata sebelum kejadian, kapal tersebut itu dirampas di perairan Selat Singapura berhampiran Batu Puteh kira-kira jam 5.30 pagi, Khamis lepas, ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Sibu, Sarawak.
"Pihak pengurusan kapal mengesyaki kapal itu dirampas setelah gagal menghubungi kapal berkenaan, dan telah membuat laporan kepada APMM hari Jumaat pada 9.20 pagi," katanya kepada pemberita hari ini.
Turut hadir Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Nasir Adam.
Mohamad Roslan berkata pesawat Dauphin M7 002 milik APMM kemudian berjaya mengesan kedudukan kapal tangki itu di lokasi 85 batu nautika Timur Pekan, Pahang kira-kira 3.20 petang semalam, disyaki menuju ke kepulauan Anambas, Indonesia.
Beliau berkata berdasarkan maklumat yang disalurkan APMM, tiga daripada lima kapal TLDM iaitu KD Jebat, KD Lekiu dan KD Kelantan, yang sedang melakukan latihan 'Bersama Lima 2011' di kawasan latihan perairan Pulau Tioman, diarah menjalankan misi menyelamat.
Katanya, ketika itu, kapal TLDM terbabit berada lebih kurang 60 batu nautika selatan dari kedudukan kapal tangki yang dirampas.
Kapal MT Nautica kemudian berjaya dipintas kira-kira 8 malam tadi di posisi 17 batu nautika Pulau Jemaja, Indonesia sebelum diberi amaran agar berhenti.
"Hasil daripada tekanan berterusan kapal-kapal TLDM, perampas bertindak memperlahankan kelajuan dan memadamkan keseluruhan lampu MT Nautica, dan dalam keadaan gelap tersebut, sebuah bot laju dipercayai membawa 10 perampas warga asing bertindak meninggalkan kapal pada 9.10 malam tadi," katanya.
Sejurus selepas itu, Kapten MT Nautica Tang Ah Bay menghubungi KD Jebat mengesahkan semua perampas telah meninggalkan kapal tangki tersebut sebelum memohon diiringi ke Kuantan, katanya.
Mohamad Roslan berkata perampas yang bersenjatakan sepucuk pistol dan parang itu, bagaimanapun melarikan barangan peribadi milik anak kapal berupa wang tunai, telefon bimbit dan komputer riba yang belum ditafsir jumlah kerugiannya.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan, katanya.
Sementara itu, Nasir berkata kerjasama TLDM dan APMM serta bantuan Bakorkamla dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) secara tidak langsung meningkatkan kepercayaan serta keyakinan komuniti maritim di rantau ini.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.