Sabtu, 1 Oktober 2011

Mat Sabu ke Negeri Sembilan lagi

FREE MALAYSIA TODAY

Program ceramah perdana anjuran PAS dan PKR Rembau 6 Oktober



PETALING JAYA: Mohamad Sabu yang `diserang orang Perkasa’ minggu lalu dijangka kembali ke Negeri Sembilan dalam satu program anjuran yang PAS dan PKR Rembau minggu depan.

Program ceramah perdana isu semasa turut menampilkan pimpinan PAS dan PKR tempatan termasuk Badrul Hisham Shaharim dan bekas pesuruhjaya PAS negeri Dr. Rosli Yaakop.

Ceramah ini bertujuan memberi penerangan isu semasa yang di mana media perdana sedang mengelirukan rakyat, kata Setiuasaha PKR Rembau Norazizi Aziz.

“Kita juga menjemput ahli Umno untuk menghadiri program cemarah Mat Sabu itu, ” katanya.

PKR Rembau, katanya memandang serius perkembangan politik ganas yang amat membahayakan ini. Polis digesa bertindak secara profesional, tambahnya.

Norazizi mendakwa Pemuda Umno terbabit dalam serangan ke atas Mat Sabu.

Politik samseng

“Ini ia menunjukkan sikap sebenar mereka dan menambah kebencian orang ramai terhadap mereka.

“Sikap politik samseng ini makin melampau bila Perkasa NS dengan angkuh memberi amaran agar Hj Mohammad Sabu tidak masuk ke bumi N.Sembilan,” katanya.

Ceramah Mat Sabu di Ampangan Sabtu mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli Perkasa mara ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.