MALAYSIA KINI
Aktivis mendakwa kumpulan yang sedang menyiasat satu dakwaan penipuan di Sepang, Selangor untuk mendaftar rakyat asing sebagai warganegara dan pengundi, telah "diserang" di dalam kereta mereka.
Kumpulan tersebut yang terdiri daripada 13 anggota Jingga dan beberapa anggota Pemuda PKR bersama wartawan dari TV Selangor, pergi ke sebuah resort di Sepang petang semalam.
bas yang membawa warga asing dibawa ke situ, yang didakwa untuk diberikan kad pengenalan Malaysia supaya dapat didaftarkan sebagai pengundi.
"Dalam masa yang sama, kereta kami telah diserang dipukul, ditumbuk dan diterajang oleh beberapa orang yang berada di situ, mereka mahu kami keluar dari kereta,' kata salah seorang aktivis dalam blog Jingga 13 - Milo Suam.
"Dalam keadaan panik tersebut sekeping gambar berjaya dirakamkan memaparkan wajah salah seorang penyerang," kata laporan tersebut.
Sebelum itu, kata laporan tersebut, mereka dihampiri oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka sebagai urusetia program keusahawanan, memaklumkan satu program keusahawanan sedang berlangsung dan mengarahkan mereka beredar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.