Laman web FAM yang digodam dipulihkan semula
KUALA LUMPUR: Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diceroboh oleh beberapa penggodam tengah malam tadi, berjaya dipulihkan oleh pengendalinya kira-kira jam 3.45 pagi tadi.
Laman berkenaan berjaya dipulihkan selepas ia ditutup selama kira-kira setengah jam.
Terdahulu, laman web berkenaan telah digodam secara `mass deface’ oleh sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai UM'07, pjpb cr3ws, gaysec dan anti-p4sti selepas tengah malam tadi, dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pertubuhan itu menetapkan harga tiket sekata RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, esok.
Kumpulan penggodam itu telah meminda lambang persatuan itu serta meletakkan mesej yang menggunakan kata-kata kesat dan mengutuk tindakan FAM pada laman berkenaan.
Harian Metro, yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang peminat Facebook Harian Metro * myMetro dikenali sebagai Muhammad Fahmi, yang melayari laman web FAM (www.fam.org.my) mendapati penggodam terbabit turut memuat naik laporan berita mengenai keputusan FAM yang tidak berganjak berhubung harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan itu.
Selain itu, dua klip video turut dimuatkan di laman web berkenaan yang memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak dengan latar lagu yang mencaci FAM.
Penggodam terbabit turut mengecam kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar), yang berkata bahawa “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka.” Setakat jam 3.30 pagi ini, Harian Metro masih belum dapat menghubungi pihak FAM bagi mengulas masalah pencerobohan berkenaan.
Harian Metro melaporkan, ketika berdepan banyak bantahan, FAM tidak berganjak dengan keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Azzuddin berkata, pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.
Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun tidak akan berganjak daripada keputusan asal. -hm
Catatan berikut turut ditinggalkan di lamanweb:
So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je
Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM..... Pegi mampos la FAM!!! FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM anjink!!!FAM
FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!!Fuck FAM!! credit: UM'07, pjpb cr3ws, gaysec, anti-p4sti
Turut dimuatkan ialah sebuah klip video youtube dengan catatan 'FAM Bangsat' - silver state ultras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.