Kerajaan Malaysia berkeras tentang mengidentifikasi rakyatnya berdasarkan kaum. Hakikatnya, tiada perbezaan di antara kaum. Malahan, cuma ada satu kaum manusia – homo sapien, melainkan ada kaum-kaum lain yang hidup seperti homo-erectus., Neanderthal atau Bigfoot; maka homo sapien adalah satu-satunya kaum manusia yang masih wujud.
Homo sapien kemudiannya dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan etnik dan di sinilah selalunya masalah berpunca. Adakah seseorang itu mengidentikasi dirinya melalui kumpulan etnik atau negara? Bagi Muhyiddin, kita sudah tahu jawapannya. “Melayu dulu, Malaysia kemudian” yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri itu tidak boleh dikelirukan dengan “1Malaysia” tuannya, yang kadangkala bersikap Malaysia tetapi dengan cepat beralih kepada Melayu dalam konteks yang sama.
Penduduk Asal
Semua kata-kata mengenai etnik yang mana mempunyai hak lebih untuk memimpin, penduduk asal Malaysia dan khususnya semenanjung Malaysia adalah mereka yang dipanggil Orang Asli. Istilah Orang Asli adalah istilah gabungan, di mana Orang Asli terdiri daripada berbagai golongan.
Tetapi, walaupun dengan warisan yang luas dan lama ini, di dalam buku Jabatan Pendaftaran Negara, status Orang Asli dalam kad pengenalan mereka ditulis sebagai “Dan Lain Lain”. Ini adalah salah dan merendahkan bagi semua manusia, apa lagi bagi Orang Asli. Penduduk asal negara kita.
Orang Asli mempunyai hak yang sama dengan Melayu, India, Cina, Iban, Bidayuh, Kadazan dan Bajau untuk mendapat status etnik mereka ditulis sebagai “Orang Asli” ataupun khusus dengan komuniti mereka.
Tetapi kenapa mereka ditulis sebagai “Dan Lain Lain”? Istilah ini bermakna Orang Asli, walaupun mereka penduduk asal Malaysia, tidak mempunyai identity dalam apa-apa sistem.
Untuk disenarai sebagai “Dan Lain Lain” bermakna mereka termasuk dengan kategori yang sama dengan pendatang asing. Malah pendatang asing pun disenarai melalui negara yang mereka datang tetapi Orang Asli diturunkan kepada “Lain Lain”.
Kerajaan mencipta kelas untuk motif mereka sendiri
Ini adalah kegagalan daripada pihak kerajaan – untuk memisahkan dan mengasingkan sesuatu golongan berdasarkan etnik mereka. Kerajaan hari ini telah menjatuhkan maruah dan kepentingan satu golongan dan mencampak mereka ke nota kaki sejarah.
Tidak akan ada Malaysia tanpa Orang Asli yang membenarkan naluri ‘perintah’ orang-orang Melayu dalam mewujudkan sempadan negeri di Malaysia. Di zaman Komunis, kepada Orang Aslilah pihak polis dan tentera meminta bantuan, untuk membawa mereka ke dalam hutan lebat Malaya.
Tetapi sekarang, di mana ahli-ahli politik terlanggar satu sama lain dalam penggunaan tanah hutan yang belum dibangunkan, tidak banyak yang difikirkan tentang Orang Asli yang telah mendiami kawasan-kawasan ini selama bergenerasi dengan gaya hidup nomadiknya.
Maka, adalah salah untuk dengan sewenang-wenangnya memanggil Orang Asli “Dan Lain Lain”. Dan jika ada isu untuk pentadbiran Najib memberi hak semulajadi Orang Asli, maka satu solusi lain harus dilaksanakan. Mudah sahaja.
Buang semua rujukan mengenai Kaum di pentadbiran Malaysia dan panggil sahaja semua rakyat Malaysia sebagai “Orang Malaysia”. Biar semua golongan etnik yang hidup dan bekerja di Malaysia yang berwarga negara dipanggil “Orang Malaysia”. Dan kerana kita semua “Orang Malaysia”, patut tiada masalah untuk memberikan hak sama rata dan keadilan untuk semua.
Semua orang dilahirkan sama rata, kerajaanlah yang mewujudkan kelas. Jadi hentikan semua ini dan berikan Orang Asli nama mereka kerana merekalah penduduk pertama Malaysia. Malaysia Chronicle
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam