MALAYSIA KINI
Antaranya, menurut laporan Ketua Audit Negara, ialah kerja kemasan dalam rumah sampah dan kerja lanskap serta pembinaan longkang di bahagian belakang rumah sampah.
Menurutnya lagi, CPC itu dikeluarkan untuk ILIm Besut pada 31 Disember 2009.
"Bilangan sebenar kerja yang belum disiapkan/tidak disempurnakan tidak dapat dikenalpasti kerana Senarai Kecacatan tidak disediakan semasa CPC dikeluarkan," laporan audit dipetik.
Bagaimanapun, institut tersebut kini telah disiapkan dan diserahkan pada 11 Februari tahun lalu.
Menurut laporan itu lagi, pembinaan ILIM Besut, dan Pusat Latihan Islam (PLI) Lawas, Sarawak lewat siap dari tarikh yang ditetapkan.
Kedua-duanya merupakan antara sembilan projek yang diperuntukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, yang melibatkan jumlah semua projek sebanyak RM232.78 juta.
Laporan tersebut mendapati kontraktor bagi ILIM Besut diarahkan menyiapkan pembinaan pada 14 Jun 2009. Bagaimanapun, tarikh sebenar siap pada 31 Disember 2009 - lebih enam bulan dari tarikh asal.
Laporan itu mencatatkan kontraktor berkenaan telah memohon tempoh lanjutan masa untuk menyiapkan projek sebanyak dua kali antaranya disebabkan kenaikan harga bahan binaan, perubahan kerja dan membaiki kerosakan akibat ribut dan hujan lebat.
Manakala bagi Pusat Latihan Islam, Lawas pula tempoh yang sepatutnya disiapkan pada 14 Oktober 2010.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan audit mendapati, setakat 24 Januari 2011 (tarikh akhir lanjutan masa) kemajuan kerja pembinaan mencecah 65 peratus - kelewatan lebih tiga bulan dari tarikh asal.
"Antara sebab lanjutan masa diluluskan ialah kelewatan mendapat kelulusan Perintah Pembangunan dari Pihak Berkuasa Perancang Negeri dan kerja pembaikan cerun," laporan itu dipetik.
Berdasarkan Pakej Ransangan Ekonomi Kedua, Jakim diberi peruntukan berjumlah RM10.5juta termasuk bayaran perunding untuk melaksanakan projek PLI Lawas.
Sehubungan itu, laporan audit berpendapat perancangan perlu dibuat secara teratur dan pemantapan perlu dipertingkatkan bagi memastikan kerja disiapkan mengikut jadual.
"Sijil Perakuan Siap Kerja tidak sepatutnya dikeluarkan oleh JKR selagi kerja belum diselesaikan sepenuhnya.
"Selain itu, lanjutan masa hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan semua perubahan kerja yang terlibat hendaklah diluluskan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan," kata laporan itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.