Melewati Jalan Telawi di Bangsar, di mana kebanyakan tempat makan kegemaran terletak, satu di barat lama di mana semuanya ada.Tidak ada satupun tempat makan yang mengikuti spesifikasi kerajaan.
Terdapat kerusi dan meja di kaki lima, ada juga sebahagian dari meja dan kerusi tersebut terlekat di dalam konkrit. Siapa yang akan bertanggungjawab jika seseorang terlanggar dan terjatuh? Restoran? DBKL? Semuanya akan saling salah menyalahkan. Ada yang mempunyai banyak tanaman di depan mereka. Jadi jika ada lipan atau kobra keluar dan gigit pejalan kaki, siapa yang akan bertanggungjawab? Rasanya DBKL akan menafikan dari mengetahui perkara ini. Semua orang tahu DBKL tahu, kerana mereka menjual tiket meletakkan kenderaan di sini. Jadi kenapa mereka tidak bertindak?
Bagaimana cirit-birit tersebar?
Sepatutnya tiada masalah dengan kaki lima; kerana itulah ia dipanggil kaki lima. Meja dan kerusi dan para pelanggan bertempat di dalam restoran. Begitu juga dengan gajah pesta yang diperbuat daripada simen dan meja simen yang besar dan juga, air pancut! Air pancut di kaki lima!?
Jika itu tak cukup teruk, sila lawat salah satu dari restoran India yang sedikit bilanggannya tapi popular di Bangsar dan kamu akan terkejut dengan keadaan dapurnya. Jabatan Kesihatan di DBKL sudah koma atau lebih teruk. Salah satu restoran telah mencairkan darah kerana membersihkan darah yang keluar dari longkang belakang! Lupakan pelanggan sensitif, ini tidak sihat. Pelayan akan menyentuh makanan kamu sebelum menghantarnya! Cara yang bagus untuk mendapatkan kotoran di dalam makanan dan bacteria di dalam perut.
Semuanya berkisarkan perlaksanaan, di mana tanggungjawabnya terletak pada DBKL, yang telah lupakan tanggungjawab mereka. DBKL mempunyai Datuk Bandar, tidak dipilih rakyat; sebenranya penjawat awam yang tua dan hampir bersara. Dia tidak akan kisah tentang penduduk di KL, rasanya.
Dan pesalah sebenarnya?
Nong Chik
Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannyalah! Raja Nong Chik mempunyai keberanian untuk menghantar mesej Hari Raya ke telefon bimbit semua orang, dan baru-baru ini mendapat jemputan ke rumah terbuka bagi penduduk Lembah Rakyat, akan tetapi kami masih tak tau apa yang telah dilakukan untuk KL sejak jadi pemimpin.
Timbalannya telah berjaya menukarkan Brickfields menjadi tempat campuran antara pesta ganas yang semak dengan air pancut bergajah di tengahnya, dan warna merapu di semua tempat.
Menteri Wilayah Persekutuan sepatutnya member tumpuan kepada kerjanya sekarang dan pastikan DBKL berjalan dengan lancar; daripada membazir masa berkempen bagi Lembah Pantai, di mana beliau mempunyai peluang menang dengan timbalan presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Rakannya di dalam Umno juga mengetahui perkara ini dan telah menasihati beliau untuk melepaskannya. Pergi ke Titiwangsa dan cabar kerusi PAS. Tapi dengan cara sekarang ini, macam susah di situ juga baginya.
Perempuan baik
Titiwangsa masih lagi mengingati Dr Lo’lo’ Ghazali yang meninggal dunia kerana kanser paru-paru di Julai pada umur 54 tahun. Seorang doctor perubatan, Lo’lo’ merupakan segelintir sahaja wanita daripada PAS yang menang kerusi parlimen apabila beliau mengalahkan wakil Barisan iaitu Aziz Jamaludin Mohd Tahir dengan majoriti 1972 di pilihanraya umum 2008.
Jika Umno ingin membuat wang dengan kemenangan Lo’lo’, fikirlah semula. Semenjak mengambil alih tempat itu, Lo’lo’ telah berjaya mengambil hati penduduk di situ.
Walaupun sudah sakit tenat mak saya masih lagi risaukan penduduk di bawah bidang kuasanya,” kata anaknya Muhd Fawwaz.
Malahan juga budak nakal Umno, MP Rembau, Khairy Jamaluddin, mempunyai sesuatu yang baik untuk dikongsi apabila beliau mendengar tentang kematiannya. “Beliau merupakan seorang perempuan yang baik.”
Walaubagaimanapun, Nong Chik masih mempunyai pilihan tersendiri. Menurut veteran-veteran Umno, beliau amatlah bertuah kerana dipanggil Umno ke cabinet, ini kerana beliau merupakan seorang pentadbir yang sangat biasa.
Jadi nampaknya masa Nong Chik di Lembah Pantai yang cuba untuk merampas dari Izzah telah dibazirkan. Sekarang pergilah ke Titiwangsa dan janganlah terkejut jika terjumpa dengannya, mencari masalah dengan keluarga Lo’lo’ dan PAS di kawasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.