Khamis, 29 September 2011

Hudud bukan gimik politik

SINAR HARIAN ONLINE


ALOR SETAR - Isu hudud dibangkitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bukan gimik politik untuk menenggelamkan kontroversi ditimbulkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, dakwaan itu tidak sepatutnya dicanang pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah kesungguhan kerajaan Kelantan yang mahu me­laksanakan hukum itu di negeri terbabit.

“Biarlah apa sahaja anda-ian orang berhubung isu itu. Masing-masing ada hak untuk nyatakan pendirian. Namun, sebagai orang Islam, mereka harus terima kewujudan hudud itu sebagai hukum ALLAH,” katanya.

Menurutnya, PKR yakin Kelantan ikhlas mahu menegakkan syiar Islam di negeri itu, dan menolak sebarang andaian kononnya, ia gimik politik untuk menarik soko-ngan pengundi Melayu.

“Ini soal agama, tiada kaitan dengan kempen politik. Jangan campur aduk demi kepentingan politik pihak tertentu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.