Rabu, 28 September 2011

AMK Pahang Kecewa Dengan Tindakan Provokasi Perkasa Ketika Program Ceramah Anwar Di Lipis !

PAHANG DAILY


KUANTAN- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang hari ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh NGO Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali.

Ia berikutan tindakan pihak terbabit yang dipercayai menaja program ceramah Umi Hafilda Ali bersebelahan dengan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lipis malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, mereka dikatakan sengaja mahu menimbulkan provokasi dan huru-hara sama seperti apa yang berlaku dalam ceramah Mat Sabu di Negeri Sembilan sebelum ini.

Tindakan mengadakan ceramah, Umi Hafilda oleh Perkasa itu dipercayai didalangi juga oleh UMNO Bahagian Lipis yang tidak senang dengan kehadiran Ketua Pembangkang itu ke kawasan mereka. Mujurlah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dalam kejadian terbabit.

Menurut Ketua AMK Pahang, Ahmad Sani berkata walaupun berbagai provokasi dilakukan pihak Perkasa namun segalanya dapat di atasi.. Malah katanya, AMK Pahang bertanggungjawab dalam menjaga dan mengawal keselamatan Anwar dalam programnya di Lipis itu.

"
Alhamdulillah Komandan Perkasa Lipis adalah rakan kepada AJK AMK Indera Mahkota.. Tahniah juga kepada Tuan Rumah iaitu PKR Cabang Lipis'....", kata kenyataan beliau di laman facebook AMK Indera Mahkota hari ini.

[Banyak pihak yang ditemui sungguh terkejut dengan situasi semasa negara kita sekarang ini. Nampaknya Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sudah mula bertindak agreasif dengan membelakangi undang-undang sebuah negara demokrasi.

Mereka seolah-olah mendapat "greenlight" daripada pihak-pihak tertentu untuk bertindak keterlaluan terhadap mana-mana program ceramah anjuran parti pembanngkang.

Apakah ini caranya Perkasa bertindak?. Bukankah mereka semua terdiri dari kalangan orang Melayu yang penuh dengan budi pekerti. Kenapa ini harus berlaku dalam negara Malaysia yang tercinta ini?. Bukankah ini menunjukkan ada unsur-unsur menganggu ketenteramana awam sebenarnya. Wajarkah senario ini terus dibiarkan?.

Pihak berkuasa perlu bertindak tegas dalam mengawal keadaan ini agar ia tidak menjadi parah. Jika tidak, sudah pasti insiden yang lebih teruk akan berlaku bila tindakan "menggempur" ceramah pembangkang dilakukan di seluruh negara.

"Agenda apakah" yang mahu dilakukan Perkasa agaknya?].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.