Ahad, 28 Ogos 2011

Rakyat Terengganu berpuasa,berhari raya dengan air mata

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad


SEPANJANG Ramadan dan menjelang hari raya di Terengganu disambut dengan tekanan kenaikan harga barang keperluan harian seperti ikan, ayam, beras, gas, gula, tepung serta pelbagai keperluan harian lagi yang terlalu membebankan golongan bawahan.

Malahan ramai kalangan rakyat Terengganu mengeluh bahawa kos barang keperluan harian di negeri ’penyu bertelur’ ini adalah jauh lebih ma hal dari kota-kota besar se perti Kuala Lumpur atau Georgetown ataupun Johor Bharu.

Kesan kenaikan harga barangan keperluan dan kos hidup ini lebih-lebih lagi dirasai oleh golongan miskin yang begitu ramai di negeri ini yang hidup ’kais pa gi makan pagi, kais petang ma kan petang’ dengan hanya meng harap upah yang tidak seberapa.

Hari bekerja mereka akan mendapat gaji dan hari mereka tidak bekerja bermakna tiada sebarang pendapatan yang mampu di bawa pulang.

Golongan ’miskin’ inilah yang merupakan golongan pertama menjadi mangsa kesan kenaikan harga barang serta kos kehidupan harian yang sedang berlaku sekarang. Risiko yang ditanggung mereka ini bertambah dengan peningkatan harga barangan keperluan harian, sedangkan jum lah pendapatan harian masih berada di tahap lama.

Ya, cuba bayangkan bagaimana dengan nasib Pak Mat di bandar Kuala Terengganu yang mengayuh beca saban hari dengan tulang empat keratnya bagi mencari re zeki halal buat mengisi perut la pan anaknya yang semuanya masih bersekolah?

Bagaimanakah pula dengan na sib Pak Dollah di pantai Chendering yang menjadi nelayan dan saban hari turun ke laut bagi mencari ’serial sehamas’ (sedikit pendapatan) bagi menyuap nasi anak-anak di rumah usang di te pi pantai?

Dan bagaimana pula de ngan Mek Minah, seorang ba lu beranak lima dari Kampung Kuala Ibai Pantai yang kerjanya me nyiang ikan bagi membuat ke ropok lekor yang hidup dengan mengharapkan ihsan jiran-jiran yang simpati kepada mereka.

Seperti yang telah dijangkakan, kini kesan dari ’bahang’ pe ngu rangan subsidi terhadap minyak dan beberapa barang keperluan utama yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN sedang men cengkam kehidupan rakyat awam terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Kesan negatif ini jelas menunjukkan kaitan an tara pengurangan subsidi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN de ngan kenaikan kos hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat terutamanya golongan miskin.

Kenaikan tersebut turut memberi kesan kepada harga ma kanan dan minuman yang di sediakan di kedai-kedai makan dan warungwarung.

Kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said terus mencatatkan bajet tertinggi di seluruh Se menanjung Malaysia dengan me luluskan belanjawan berjumlah lebih dari RM1.887 bilion ba gi tahun 2011. Siapa boleh men jangkakan bahawa ‘negeri ka ya rakyat miskin’ ini boleh meluluskan bajet tahunan kerajaan negeri dengan jumlah yang amat besar dan menakjubkan.

Bajet negeri Terengganu terus mengatasi mengatasi negeri-negeri yang jauh lebih maju seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Johor.

Persoalan yang selalu bermain di detik hati saya adalah, apa rele vannya perbelanjaan tahunan men cecah hampir RM2 bilion se tiap tahun kepada rakyat Terengganu sedangkan rakyat marhaen di Terengganu kini sedang menanggung bebanan kenaikan harga ba rangan keperluan harian dan dan kos hidup yang amat tinggi?

Di negeri ’Darul Iman’ ini se bagai contohnya, penduduk mis kin sentiasa digula-gulakan ban tuan ‘subsidi’ melalui dana khas dan wang ihsan.

Malahan men jelang hari raya ini dianggar kan lebih 30,000 rakyat yang dikatakan ’golongan termiskin’ akan disubsidikan dengan program ’bantuan hari raya’ antara RM200-RM300 setiap seorang.

Namun, persoalan besarnya adalah sampai bila rakyat termiskin di negeri ini akan terus ter ikat dengan ‘mentaliti subsidi’ ini?

Bagi saya kemiskinan serta penderitaan rakyat Terengganu ma sih jauh dari dapat diatasi.

Rak yat bawahan kini mengeluh tentang bebanan besar kenaikan harga barang yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Kadar inflasi akan terus meningkat dan kuasa membeli di kalangan golongan marhaen ini terus berkurangan.Namun, ketirisan dalam bajet perbelanjaan tahunan, penye lewengan serta menipulasi ‘budaya subsidi’ kepada rakyat termiskin adalah punca kepada bebanan berat rakyat ini.

Golongan miskin di ugut untuk menyokong kerajaan Umno-BN sekiranya mereka mahu mendapat ’subsidi’ wang ihsan da ri pihak kerajaan.

Sesetengah pimpinan politik kerajaan negeri pula terus melaksanakan ’sepak te rajang’ politik secara tidak bertanggungjawab dengan mengagih ’bantuan untuk rakyat miskin’ ke pada kroni yang kaya raya serta tidak layak untuk menerima bantuan.

Inilah nasib malang nasib rak yat Gganukite ini. Yang miskin akan terus menjadi ’pengemis subsidi’ dan ’wang ihsan’ sedangkan masa depan mereka terus gelap dan tidak dapat keluar dari cengkaman kemiskinan ini.

Ya, apakah sifat rakyat Terengganu yang terkenal bertimbang rasa dan bertolak ansur ini akan ’memberontak’ dan ’menukar se lera’ akibat dari kesan bebanan kenaikan kos hidup dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.