MALAYSIA KINI
Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim berkata kaji selidik yang menunjukkan bahawa tahap kepopularan atau puas hati rakyat terjadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merosot enam mata kepada 59 peratus, bukan perangkaan yang berwibawa.
"Merdeka Center adalah pusat banci dan kaji selidik pendapat. Ia telah menjalankan kajian dan penyelidikan. Saya akui ia sebuah badan bebas, tetapi ia tidak boleh mewakili apa yang kita namakan sebagai autoriti.
"Dalam sektor kewangan, kita ada Standard and Poors dan Morgan Stanley. Bagi Merdeka Center kita boleh melihat dan membuat pertimbangan," kata Lim, yang juga timbalan menteri kewangan.
Katanya kajian Merdeka Center boleh digunakan sebagai rujukan, tetapi cepat untuk berkata bahawa data berkenaan mungkin sangat subjektif.
Menurut badan itu, tahap puas hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan oleh presiden Umno itu pada Jun tahun lalu.
Antara lain, kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.
Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib menangani dan memngendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.
Lim juga berkata MCA tidak bersetuju dengan kajian badan itu yang mendapati sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan terus merudum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.