Sabtu, 27 Ogos 2011

Pemimpin Melayu DAP mahu enam kerusi PKR

Susan Loone


Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon-calon Melayu dari DAP untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

zulkifli mohd noor pc 260811 02Ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (kiri), berkata partinya "tiada pilihan" tetapi memohon untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen dan lima kerusi dewan undangan negeri dari PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

Sekiranya DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada pilihan raya akan datang, ia akan dilihat sebagai parti "anti-Melayu dan cauvinis", kata Zulkifli, yang juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Beliau berkata parti itu akan dilabelkan sedemikian walaupun sejarah telah membuktikan bahawa DAP pernah mengemukakan calon-calon Melayu yang bertanding dai 13 kerusi pada pilihan raya negeri sebelum ini.

"Beberapa pilihan raya, misalnya di Sarawak, telah menunjukkan, pengundi lebih cenderung menyokong DAP daripada PKR," katanya pada sidang media semalam.

"Itulah sebab mengapa DAP perlu mengambil kesempatan ini untuk membariskan lebih ramai calon-calon Melayu."

Intai Batu Maung?

Pada pilihan raya umum Mac 2008, DAP bertanding di 19 kerusi DUN di Pulau Pinang, manakala PKR di 16 kerusi dan PAS di lima kerusi. Bagi kerusi parlimen, DAP berentap di tujuh kerusi manakala PKR bertanding empat dan PAS, dua.

Ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat secara keseluruhan memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 11 daripada 13 kerusi parlimen.

NONEZulkifli bagaimanapun enggan mengulas kerusi-kerusi Melayu yang diintainya, tetapi menurut spekulasi antara kerusi yang menjadi sasaran mereka adalah Batu Maung yang kini dipegang oleh wakil PKR Abdul Malek Kasim (kanan), yang juga ahli exco Pulau Pinang.

Dakwanya, orang Melayu akan mendapati sukar untuk menerima DAP sekiranya masyarakat itu tidak diwakili, sekali gus menjejaskan peluang parti pemerintah itu.

"Di Pulau Pinang, jika semua calon-calon Melayu dari PKR kehilangan kerusi mereka pada pilihan raya akan datang, adalah mustahil bagi kerajaan negeri untuk bertahan bagi tempoh yang lama dengan hanya sokongan daripada perwakilan yang semata-mata Cina dan India," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.