[Kemaskini ] Ahmad Said pernah berjanji berikan 10 ekar kepada setiap pesawah
SETIU - Para pesawah padi yang juga 'pemilik TOL' dan 'umarah' tanah padi Kampung Jelapang disini kesal kerana Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berbohong dan melaksanakan tipu daya sehingga mereka menandatangani persetujuan menyertai cadangan 'mini estate' padi
SETIU - Para pesawah padi yang juga 'pemilik TOL' dan 'umarah' tanah padi Kampung Jelapang disini kesal kerana Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berbohong dan melaksanakan tipu daya sehingga mereka menandatangani persetujuan menyertai cadangan 'mini estate' padi
Menurut seorang suri rumahtangga, Puan Nora bt Abdullah, 48, (Gambar kiri) beliau telah ditunjukkan surat-surat serta dokumen berkaitan oleh Ketua Blok, Zainal Abidin Yusof @ Mamat, kira-kira tiga bulan lalu.
Beliau mendakwa, Mamat tidak membacakan kandungan surat dan dokumen berkenaan, walaupun beliau meminta Mamat membacakannya.
Bahkan, katanya, Mamat tidak bercakap benar dan berbohong berkenaan kandungan surat dan dokumen tersebut yang sebenarnya merupakan surat memohon untuk menyertai 'mini estate' dan surat menyerahkan kuasa kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu, menerima bayaran subsidi (dengar Mamat tipu kami)
"Saya suruh dia (Mamat) baca surat tu, dia kata tak bacalah, kalau sign (tandatangan) nanti kita dapat subsidi, lepas tu saya pun sign,"katanya ketika ditemui, Rabu 24 ogos.
Katanya, Mamat juga mendakwa sekiranya surat dan dokumen itu ditandatangani, tanah tanaman padi tersebut akan menjadi hak miliknya.
Selain Puan Nora, seorang pesawah yang juga seorang suri rumah, Puan Fauziah Zakaria, 53, [Gambar kanan] mendakwa, suaminya telah di 'perdaya' oleh Pengerusi Jawatankuasa dan Kesalamatan Kampung.
Menurut Fauziah yang tinggal dikampung Jelapang sejak 30 tahun lalu, suaminya menandatangani surat tersebut kerana dipaksa oleh pihak JKKK.
"JKKK kata semua orang sign (tandatangan), dia (suaminya) tidak usul periksa, turut sign surat itu,"ujarnya dengan nada kesal.
Pemeriksaan Buletinonline terhadap dokumen yang ditandatangani pesawah terbabit mendapati, terdapat dua keping surat yang menjadi asas kepada perancangan 'Mini-Estate padi'.
Surat yang pertama merupakan surat permohonan pesawah untuk menyertai rancangan mini estate, manakala surat kedua adalah surat penyerahan kuasa kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu untuk menerima sebarang subsidi.
Sehubungan itu, seorang pesawah Zainal Abidin Yusof , 50, melahirkan rasa tidak puas hati keatas perjalanan projek penanaman padi tersebut.
Selain merasa tertipu dengan tindakan kerajaan mahu melaksanakan rancangan 'Mini Estate' padi itu, Zainal mendakwa terdapat 'pilih kasih' dalam pengurusan.
Projek penanaman padi di Kampung Jelapang dimulakan kembali pada tahun 2008 setelah terbiar semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Dato' Seri Idirs Jusoh.
Pada zaman pemerintahan PAS 1999 - 2004, kerajaan telah menghidupkan kembali sawah terbiar yang telah mula diusahakan pada tahun 1989.
Ketika perasmian pembukaan semula kawasan berkenaan, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said berjanji akn membuka tanah baru seluas 1500 ekar dan memberikan 10 ekar kepada setiap petani.
Ahmad Said dalam sidang medianya pada Mac 2009, berkata projek penanaman padi di Mak Jintan sedang berjalan.
“Untuk permulaan ini kita nak buka ladang kita di Mak Jintan, di kawasan Setiu,
“sekarang ni kerja-kerja sedang berjalan, untuk 1500 ekar dulu, di jangka dalam masa sebulan lagi, bulan 3 (Mac) atau bulan 4 (April), 100 ekar pertama akan mula ditanam, oleh petani kampung,
“kemudian kita akan teruskan program ini menjadi 1500 ekar, program ladang padi ini, yang akan kita berikan kepada petani 10 ekar seorang,”katanya.
Namun setelah dua tahun berlalu, kini, tidak ada seekar tanah pun yang diberikan kepada para petani di Jelapang untuk menanam padi, bahkan tana padi sedia ada akan dirampas daripada pesawah untuk dijadikan 'Mini Estate'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.