Para penjual kelapa mendakwa bahawa kenaikan harga kelapa itu disebabkan kelapa tiada dan juga bekalannya berkurangan.
Tinjauan Bernama di Pasar Payang di Kuala Terengganu hari ini mendapati tidak ramai peniaga menjual buah kelapa dan harganya melambung menyebabkan orang ramai mengeluh dan merungut.
Seorang peniaga di pasar itu, Kamariah hassan,40, ketika ditemui berkata kenaikan harga kelapa itu tidak dapat dielakkan kerana harga di peringkat pembekal agak tinggi disebabkan bekalan tiada.
"Hari ini pun susah nak cari bekalan kelapa," katanya.
Bagaimanapun, harga santan kelapa yang dijual di Pasar Payang hari ini didapati tidak naik dan masih kekal RM9 sekilogram seperti sebelum ini.
Sehubungan itu, orang ramai berharap pihak berkuasa memberikan perhatian terhadap harga kelapa yang naik secara mendadak memandangkan kelapa banyak digunakan pada Ramadan ini.
Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) ketika dihubungi memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi di Terengganu bagi memastikan harga stabil.
Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata pihaknya kini berusaha mencari bekalan kelapa tempatan dan akan mengimport dari luar jika perlu.
Beliau berkata penjual kelapa mungkin mengambil kesempatan menaikkan harga kelapa dalam suasana umat Islam menyabut Ramadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.