MALAYSIA KINI
Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tuntutan caj rawatan hospital Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP).
Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan (kanan) berkata, siasatan itu perlu dilakukan oleh SPRM kerana terdapat keraguan dalam tuntutan bayaran kos perubatan yang dilaporkan berjumlah RM8,434.05 sedangkan kos rawatan sebenar di Hospital Pakar KPJ di Selangor itu adalah sebanyak RM5,060.54 sahaja.
Katanya, selain itu tindakan Mohamad didakwa menyalahguna kedudukannya sebagai anggota lembaga pengarah perbadanan itu apabila membuat tuntutan berkenaan.
"Mat Sabu sebagai seorang bekas ahli parlimen layak untuk menerima rawatan kelas pertama di wad hospital kerajaan dan beliau membazir wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan laporan itu kepada SPRM di Georgetown hari ini.
Beliau berkata, PCM berharap SPRM menjalankan siasatan terhadap semua keraguan, kelayakan, cara tuntutan termasuk menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai Pengerusi PBAPP kerana meluluskan tuntutan itu.
Huan berkata, Mohamad Sabu didakwa menerima rawatan dari hospital swasta berkenaan akibat kecederaan ketika terbabit dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu dan tiada kaitan langsung ketika menjalankan tugas untuk PBAPP.
Mohamad dilaporkan menerima bayaran balik perbelanjaan perubatan daripada PBAPP baru-baru ini.
Baru-baru ini Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendedahkan mengenai tuntutan kos rawatan Mohamad yang didakwa sebagai menyalahguna kedudukannya sebagai anggota lembaga pengarah PBAPP dengan membuat tuntutan perubatan akibat kecederaan semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur Julai lalu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.