Dari pengalaman lepas, nama yang telah didaftarkan sebagai pengundi agak sukar untuk dikeluarkan semula.
PETALING JAYA: PAS terus mendedahkan kelemahan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa terdapat 44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama sama,
Bagaimanapun, nombor kad pengenalan baru hanya dua digit terakhir yang berbeza.
Ia didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dihubungi hari ini.
Beliau bimbang 44 nama terbabit boleh mengundi dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.
“Besar kemungkinan mereka boleh mengundi di dua tempat berbeza. Pengalaman kita bila berurusan dengan SPR pengundi seperti ini boleh mengundi.
“Kerana SPR akan memberi alasan mereka boleh mengundi kerana perbezaan yang sedikit.
“Dari pengalaman lepas, nama yang telah didaftarkan sebagai pengundi agak sukar untuk dikeluarkan semula.
Bukan pengundi klon
“Dalam perbincangan kita dengan SPR, suruhanjaya itu memberitahu ia tidak ada kuasa,” katanya.
Sementara itu, bekas timbalan ketua AMK, Fariz Musa berkata, beliau menolak dakwaan wujud pengundi klon di negara ini.
Sebaliknya, dakwa beliau Umno, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berpakat untuk mendaftarkan nama orang berkenaan dalam senarai daftar pemilih SPR.
“Mengapa saya kata tidak wujud pengundi klon? Mengapa nombor kad pengenalan lama dan kad pengenalan baru berbeza?
“PKR pernah memeriksa kad pengenalan pengundi dan mendapati kad pengenalan itu itu tidak wujud.
“Semua ini berlaku dengan pembabitan Umno, SPR dan JPN. Ia bukan berlaku di Terengganu sahaja tetapi di seluruh negara,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.