Rabu, 27 Julai 2011

Pensyarah: Majlis media mahu sekat 'suara sumbang'

Nigel Aw


Cadangan kerajaan bagi menubuhkan majis perundingan media adalah usaha bagi membanteras pandangan “bukan konformis” dan "suara sumbang" khususnya di kalangan media alternatif, kata pensyarah media Zaharom Nain.

NONE“Media online dilihat semakin menjadi masalah,” katanya ketika dihubungi untuk mengulas rancangan kerajaan menubuhkan majlis itu.

Mesyuarat pertama bagi membincangkan penubuhan majlis berkenaan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf. Ia diadakan Isnin lalu dengan beberapa editor di kalangan media arus perdana dan media online diwakili oleh Blog House Malaysia.

Namun beberapa editor kanan, khususnya dari penerbitan seperti The Star, The Edge dan Malay Mail tidak kelihatan pada mesyuarat berkenaan yang dipercayai sebagai isyarat membantah penubuhan majlis berkenaan.

Zaharom (atas, kanan) seorang profesor madya di University of Nottingham, kampus Malaysia berkata majlis itu akan bertindak sebagai satu lagi lapisan tapisan dan akan terus menghakis keyakinan orang ramai terhadap anggotannya.

“Kawalan ketat seperti ini akan menyaksikan media arus perdana hilang terus kredibiliti yang sebelum ini pun sudah banyak hilang.

“Ada kalanya, saya berpendapat, perkara buruk perlu dibiarkan mati sebelum yang baik boleh muncul,” katanya.

NONEProfesor Mohd Safar Hasim (kiri) dari Universiti Kebangsaan Malaysia juga sependapat dengan sentimen Zaharom bahawa majlis itu akan dilihat sebagai satu lagi bentuk kawalan yang lebih ketat.

“Apa-apa yang dilihat sebagai menyekat kebebasan tidak akan mendapat sambutan.

“Dunia telah banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu, khususnya dengan adanya Internet. Konsep (rakan kongsi) seperti ini tidak lagi relevan,” katanya.

Mohd Safar yang menulis kertas kajian majlis media pada tahun 2002 berkata plan baru sekarang jauh berbeza dengan apa yang dicadangkan dahulu yang objektifnya adalah untuk menggalakkan amalan baik bagi meningkatkan kebebasan media.

“Cadangan jumlah anggota majlis media (pada 2002) adalah 25, dengan tokoh media yang dihormati sebagai pengerusi dan majoriti anggotanya terdiri daripada wartawan dan editor termasuk perwakilan dari beberapa NGO dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

azlan“Tida ada wakil kerajaan kecuali editor dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan agensi berita nasional Bernama,” katanya.

Mohd Safar yang mengakui kehadiran jumlah perwakilan kerajaan yang besar dalam majlis media baru yang dicadangkan berkata adalah lebih baik ia dinamakan “Forum Perundingan Media”.

Mohd Safar mengakui malah pada 2002, pengamal media juga menolak majlis itu yang dilihat sebagai mekanisme tambahan kawalan dan menuntut agar beberapa undang yang menyekat penerbitan akhbar dan undang-undang penyiaran yang lain dibubarkan sebelum majlis berkenaan ditubuhkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.