Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang.
Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25Dua jam selepas dibebaskan, ratusan orang berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kampung Attap Kuala Lumpur sambil melaungkan "hidup rakyat" dan "mansuhkan EO" (Ordinan Darurat) berkali-kali.
Mereka juga membawa bendera PSM dan pelbagai kain rentang menyambut kedatangan kesemua mereka.
Antara yang kelihatan ialah naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim dan bengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.
Kumpulan itu menjadi semakin ramai apabila bergabung dengan kumpulan penyokong Teoh Beng Hock yang kebetulan mengadakan acara nyalaan lilin memperingati kematian mendiang.
Berucap kepada para penyokong, keenam-enam mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang dianggap wira sebenar yang merintis pembebasan mereka.
"Wira sebenar adalah anda semua yang turun ke jalan raya pada 9 Julai," kata anggota jawatankuasa pusat PSM, Choo Chon Kai.
"Kami di dalam tak buat apa-apa. Yang berusaha anda semua di luar (sel)."
Sementara itu, ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar pula berkata menyifatkan mendapatkan layanan yang baik, terutamanya daripada warden.
"Warden semua OK. Tapi masalahnya yang di atas," katanya sambil mengkritik alasan penahanan mereka yang bertukar-tukar.
Beliau mendakwa usaha mengaitkan PSM dengan komunisme cuba digambarkan sebagai "kumpukan jahat".
"Mereka hendak jadikan kita contoh. (Kononnya) PSM komunisme. Nak gambarkan kita kumpulan jahat," katanya.
Manakala timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy berkata beliau membantah ujian poligraf ketika ditahan kerana beliau tidak cukup tidur.
Sambil berjenaka, beliau berkata dalam sel perempuan "banyak hantu jantan".
"Jadi saya bantah poligraf sebab saya tak cukup tidur," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.