Khamis, 28 Julai 2011

Jurulatih Bola Sepak, hadiri Pelancaran Jentera PRU KEADILAN

KEADILAN DAILY



Timbalan Presiden KEADILAN merangkap Pengarah Pilihanraya parti, Azmin Ali sebentar tadi melancarkan jentera pilihan raya Cabang Tuaran.

Bercakap kepada Keadilandaily.com, Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Natassia Sarah Mohd Danny berkata, pelancaran itu diadakan di perkarangan pejabat cabang itu yang turut dihadiri Ketuanya, Ansari Abdullah.

Menariknya, majlis itu turut dihadiri bekas Jurulatih Bola Sepak Sabah, Kelly Tham dan bekas anggota Cabang itu yang keluar parti sebelum ini, Pajuddin Nordin.

Kelly Tham pernah membimbing pasukan bola sepak Sabah menjuarai Naib Juara Liga Perdana (kini Liga Super) pada 1994 serta memimpin pasukan itu dinobatkan selaku Juara Piala FA buat pertama kali untuk negeri itu pada 1995.

Lain-lain pimpinan yang turut hadir termasuklah Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Ketua Cabang Kota Belud, Saidil Simon, Ketua Cabang Kota Marudu, Anthony Mandiau, Ketua Wanita Cabang Tuaran, Begum Abdullah serta kira-kira 130 anggota parti dan masyarakat pelbagai kaum dari sekitar kawasan itu.

“Cabang Tuaran terdiri daripada 40 daerah mengundi dan sudah mengatur strategi dan cukup bersedia pada bila-bila masa dari sekarang untuk menumbangkan kerajaan Umno Barisan Nasional di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang kian hampir,” kata Natassia yang juga anggota parti di Cabang itu.

Parlimen Tuaran memiliki kompoisi kaum pengundi Bumiputera Islam sebanyak 43.8 peratus, Bumiputera Bukan Islam (48%), Cina (7.2%) dan lain-lain sebanyak (0.23%).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.