Jumaat, 1 Julai 2011

Jangan guna demonstrasi jalanan, Najib beritahu peguam



KUALA LUMPUR— Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta para peguam agar menggunakan saluran perundangan bukannya turun ke jalan untuk mengetengahkan tuntutan dan rasa tidak puas hati mereka.

Perdana Menteri (gambar) memberi pandangan ini ketika tinggal satu minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 — yang disokong oleh parti-parti politik dan sekumpulan 60 pertubuhan bukan kerajaan termasuk Lawyers for Liberty dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Peguam-peguam yang merupakan profesional tidak perlu terlibat dalam demonstrasi kerana kita sebuah negara berdaulat dengan adanya undang-undang dan perlembagaan,” kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.