Rabu, 27 Julai 2011

Amidi dipilih Presiden Abim sesi 2011-2013

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Amidi Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sesi 2011-2013 pada Muktamar Sanawi ke-40 yang diadakan pada 22 hingga 24 Julai lalu di tapak Expo Pertanian Maha (MAEP) Serdang.

Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, muktamar yang bertemakan ‘Memacu Wawasan Tamadun Khayra Ummah’ turut memilih Mohd Naim Mohd Noor sebagai timbalan presiden.

Naib-naib presiden terdiri daripada Ahmad Saparudin Yusup (kebangsaan), Jufitri Joha (antarabangsa) dan Fadhlina Datuk Dr. Siddiq (hal ehwal wanita).

Penolong setiausaha agung diamanahkan kepada Mohd Faisal Abdul Aziz dan setiausaha kewangan ialah P Aizan Tukirin.

Beliau juga memaklumkan, Abim akan melancarkan program "Semurni Kasih Ramadhan" di peringkat negeri serta daerah sempena menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak 1432H.

Katanya, antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah Program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), program Smart Solat, qiamullail dan beberapa program berkaitan.

“Segala makluman lanjut mengenai program ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.