Ahad, 31 Julai 2011

17 orang botakkan kepala untuk tuntut keadilan

Susan Loone dan Low Chia Ming


Seramai 17 orang di Pulau Pinang hari ini secara sukarela mencukur rambut dan janggut mereka sebagai membantah penggunaan undang-undang kuku besi Ordinan Darurat (EO) yang membolehkan tahanan tanpa perbicaraan.

penang hari shaving protest 300711 soh sook hwa head shavingMereka terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita yang membantah penggunaan EO ke atas enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Keenam-enam tahanan itu, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, dibebaskan semalam selepas ditahan selama 28 hari.

PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Kumpulan 17 sukarelawan itu tiba pada sekitar jam 8.30 pagi di gerai makanan pasar Bayan Baru dan disertai oleh ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin, yang merupakan wakil rakyat kawasan itu bagi menunjukkan sokongannya.

Mereka yang 'membotakkan' kepala termasuk dua ADUN DAP - Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) dan Koay Teng Guan (Sungai Pinang) manakala ahli majlis Pulau Pinang (MPPP) Mohd Rashid Hasnon mencukur janggutnya.

penang hari shaving protest 300711 three female participantsTiga wanita yang juga menyertai majlis hari ini adalah ahli jawatankuasa pusat PSM - Soh Sook Hwa, Loo Que Lin dan Yap Soo Huey.

Lima pendandan rambut dari Weiny Hair Studio menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma juga sebagai tanda sokongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.