The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin bahagian Umno Perak rasa keberatan untuk berkempen atau mendaftar pengundi baru melainkan mereka pasti mengenai calon-calon yang mungkin akan diturunkan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Umno Perak kuat dan boleh menang sehingga 33 kerusi tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak akan bergerak kecuali mereka atau calon-calon pihak mereka dipilih,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.
Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi yang ada pada pilihan raya umum 2008. Ia memenangi 27 kerusi dan satu lagi oleh MCA.
Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.
Bagaimanapun Pakatan Rakyat kehilangan negeri itu pada awal 2009 ekoran tindakan melompat parti tiga wakil rakyatnya.
Kelmarin, Najib yang mengetuai Umno berkata Barisan Nasional akan meletakkan muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang.
Pengundi kalangan muda menjadi segmen pemilih penting yang memihak kepada pembangkang pada pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun pendirian Najib itu boleh menyebabkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno yang mahu mereka diturunkan sekali lagi sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, yang disebut-sebut akan diadakan dalam 12 bulan akan datang.
“(Kepimpinan) Umno sudah mula meminta pemimpin-pemimpin bahagian agar menyediakan bilik-bilik gerakan dan mengadakn kempen pendaftaran pemilih, tetapi ada yang enggan berbuat demikian.
“Mereka mahu duit atau jaminan bahawa merek akan menjadi calon,” kata seorang pegawai Umno Perak kepada The Malaysian Insider.
Katanya, Umno Perak masih menyenaraipendekkan kemungkinan calon tetapi keputusan akhir terletak pada Najib dan syor datang daripada ketua negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar).
“Ini sukar bagi ketua parti di peringkat. Mereka perlu tangani yang ini dengan baik bagi mengelak sabotaj seperti 2008,” katanya lagi.
April lalu, Zambry melahirkan keyakinan bahawa BN boleh menang kebanyakan kerusi dikuasai pembangkang.
Bagaimanapun Ahad lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat boleh menawan balik Perak dan 10 negeri yang lain dalam pilihan raya umum akan datang dengan memastikan peralihan lima peratus undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.