Isnin, 27 Jun 2011

Himpunan Patriot lawan Bersih 2.0 dilancar

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Himpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan hari ini bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang Himpunan Bersih 2.0 yang akan dianjurkan pada 9 Julai ini.

Pengerusi bersama himpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara ‘majoriti senyap’ yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan.

“Oleh itu kami berasa terpanggil untuk bagi tahu pada (penganjur) perhimpunan haram ini supaya hentikan niat mereka kalau mereka tidak mahu berdepan dengan apa jua yang akan dilakukan generasi muda yang dikatakan tadi ‘majority senyap of rakyat Malaysia’,” katanya dipetik Bernama Online.

Justeru, beliau meminta agar penganjur Himpunan Bersih 2.0 supaya memilih cara yang lebih profesional bagi menyampaikan apa yang dihajat dalam memorandum mereka.

“Kami minta kalau betul mereka nak sampaikan memorandum itu, tak payah bawa sehingga 10,000 orang, saya minta mereka hantar empat ke lima orang pergi ke pejabat Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Istana serahkan memorandum itu, kerana pihak istana dan SPR sedia menerima,” katanya.

Sementara itu, ketua penyelaras Himpunan Patriot, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penganjur Himpunan Bersih 2.0 itu sebenarnya mempunyai niat jahat di sebalik perkara-perkara yang dibawa mereka di dalam memorandum. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.