S Pathmawathy
Menurut laporan oleh Dr Paul E Mullen, yang dikemukakan kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, mangsa diklasifikan sebagai “kumpulan berisiko rendah”.
"Soalan kepada mereka yang diwawancara menunjukkan Teoh seorang yang teratur, kemas dan menpunyai kecederungan untuk menjadi sempurna.
"Tiada bukti yang dijumpai bagi menunjukkan mangsa mengalami perasaan pilu atau sedih keterlaluan atau juga ketegangan yang luar biasa.
"Personaliti Teoh dan kelakuannya tidak menunjukkan sebarang cadangan bahawa beliau mempunyai risiko untuk membunuh diri.
"Justeru, pendapat saya, Teoh Beng Hock jelas dalam kumpulan berisiko rendah untuk bunuh diri apabila beliau dibawa dalam tahanan SPRM,” kata Mullen.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) juga mendapatkan pendapat sendiri dengan melantik perunding psikiatri forensik Dr Badi'ah Yahya dan psikiatri komuniti Dr Nor Hayati Ali.
Kedua-dua Badi'ah dan Nor Hayati dalam laporan mereka tidak memberikan kesimpulan yang menyeluruh.
"Pada pendapat kami, Teoh mempunyai risiko untuk membunuh diri dan faktor melindungi dirinya yang mengurangkan risikonya bagi berbuat demikian,” kata mereka.
Teoh dibawa ke ibu pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam Shah Alam pada 15 Julai 2009 untuk disoal-siasat berhubung dakwaan salah guna dana oleh majikannya ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.
Beliau dijumpai mati pada koridor tingkat kelima bangunan yang sama pada keesokan harinya.
Keterangan oleh pegawai kanan SPRM semasa prosiding telah melepaskan Ean Yong daripada sebarang kesalahan.Suruhanjaya yang bersidang sejak 14 Februari lalu, berakhir hari ini selepas saksi ke-70, iaitu Dr Ba'diah selesai memberi keterangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.