Ramai pihak ragu-ragu dengan ketelusan 9 orang Jawatankuasa Panel Bebas yang dilantik oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) khususnya oleh Kementerian Industri Dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) yang diketuai oleh menterinya Dato’ Seri Mustapha Mohamed dan timbalannya Dato’ Mukhriz Tun Mahathir.
Keraguan yang pastinya akan menjejaskan integriti atau ketelusan laporan keselamatan, kesihatan dan persekitaran ‘panel bebas’ itu kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya akan terus dipertikaikan malah ditolak.
Dan jika laporan yang tidak telus itu digunapakai sebagai panduan atau rujukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional(BN) untuk membenarkan Lynas untuk terus beroperasi pada bulan September atau November ini, hampir 800-850 ribu nyawa manusia termasuk keturunan mereka akan diperjudikan sampai bila-bila demi keuntungan ekonomi pihak tertentu semata-mata.
Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata badan binasa.
Satu insiden yang melibatkan kebocoran sisa buangan radioaktif ke udara, air, tanah dan makanan sudah memadai untuk mengheret semua rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman termasuk keseluruhan perniagaan atau perusahaan malah sektor awam ke situasi yang cukup kritikal. Satu keadaan kritikal, yang jika gagal dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab akan mengheret semua pihak tidak kira agama dan bangsa, tua atau muda kepada kehancuran total sampai bila-bila.
Kenapa keraguan itu timbul:
1. Laporan daripada Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) pada 18/5/11 mempertikaikan kewajaran MITI untuk menubuhkan ‘panel bebas’ itu sedangkan penilaian kesihatan awam, isu keselamatan radiasi, dan kemudahan kilang berbahaya atau ‘hazardous’ tidak terletak di bawah bidang kuasa MITI.
2. Pihak berkuasa tidak dilihat terlibat di dalam perlantikan 9 ahli ‘panel bebas’ itu khususnya Jabatan Alam Sekitar (DOE) sedangkan permohonan awal penilaian persekitaran telah dihantar ke Jabatan Alam Sekitar semenjak tahun 2008. Matlamat DOE untuk melindungi alam sekitar lebih kukuh dan berkaitan dalam isu ini dan juga relevan dengan kegusaran penduduk setempat kepada ancaman sisa buangan radioaktif dari operasi Lynas kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat.
3. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi (MOSTI) menyerahkan pula keseluruhan tanggungjawab ‘panel bebas’ itu kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana IAEA adalah badan antarabangsa yang mempunyai kepentingan khusus untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan keseluruhan aktiviti yang berkaitan dengannya di seluruh dunia. Mereka bukan penggubal undang-undang atau ‘regulator’ yang diyakini tiada berkepentingan untuk menyebelahi sesiapapun.
Bagaimanakah pihak yang berkepentingan untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan dengannya dapat menjalankan tugas sebagai penggubal atau ‘regulator’ dalam Kes Lynas ini. Sebagai satu badan yang tiada berkepentingan langsung khususnya di dalam mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia. Pastinya, penilaian berat sebelah mungkin berlaku dalam kes penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran dari operasi Lynas ini pada 29/5/11 sehingga 03/06/11 ini.
4. 4 daripada 9 orang ahli ‘panel bebas’ itu adalah kakitangan IAEA. Keraguan teramat sangat dari penduduk setempat bahawa kepentingan 4 orang kakitangan IAEA itu untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan di seluruh dunia akan mempengaruhi ketelusan mereka ketika penilaian keselamatan, kesihatan dan persekitaran itu.
5. 5 orang pakar luar atau ‘external expert’ yang bukan dari IAEA telah dimaklumkan oleh CAP/SAM sebagai tidak bebas kerana dikaitkan dengan syarikat-syarikat yang berasaskan tenaga nuklear dan nadir bumi termasuk pernah berkhidmat sebagai jururunding malah sebagai pekerja atau bekas pekerja kepada syarikat berkenaan malah kepada IAEA termasuk mempuyai kepentingan seperti IAEA untuk mempromosikan penggunaan Tenaga Nuklear dan aktiviti yang berkaitan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.