TERKINI
Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.
Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.
Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.
Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.
Ketika dihubungi, beliau berkata: “Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik.”
Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.
The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.
Dalam kenyataan SMS, Shazryl seterusnya berkata, apakah zaman Nabi Lut sudah berlaku di Malaysia apabila penentang kemungkaran liwat dan zina dibenarkan dan penegak kebenaran ditentang.
“Tunggu petunjuk dari Allah,” katanya.
Terdahulu kumpulan penyokong Pakatan Rakyat menjerit “pembohong’, “tahan dia” dan “Allah Maha Besar” manakala sesetengah pula mula menendang pegawai-pegawai yang duduk di lantai termasuk berada ketika itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Dalam pada itu Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu hadirin di masjid ketika itu bahawa mengangkat sumpah laknat bukan Islamik dengan satu tangannya memegang garis panduan mengenai qazaf.
“Ini bukan caranya. Jika Jawi tidak tahu. Kami mahu Pengarah Jawi membaca tentang qazaf dalam buku ini.
“Kami mahukan qazaf,” katanya kepada para hadirin.
Situasi menjadi kelam-kabut apabila pegawai-pegawai polis preman cuba menarik keluar penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.
Kemudian Shamsul dan pengikutnya mengadakan solat hajat.
Selepas solat berakhir, pengurusan masjid mengumumkan majlis angkat sumpah dibatalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.