SHAH ALAM : Sejurus selepas video lucah babak kedua Datuk T dinaikkan di Youtube semalam, pelbagai “kecacatan” mengenai rakaman itu terdedah, sama seperti video babak satu yang disebarkan sebelum ini untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain wajah pelaku utama video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' tidak jelas, susuk badan pelaku dan gaya rambutnya terus menguatkan hujah bahawa Datuk T dan juak-juak Umno termasuk media arus perdana menabur fitnah yang begitu jijik sekali.
Faktor paling menonjol dalam klip terbaru adalah visual yang jelas menunjukkan seorang individu membaling kertas tisu ketika orang yang dikatakan mirip Anwar memakai seluar dalamnya.
Sebelum itu pelaku dalam video seks dilihat bersedia memakai seluar dalamnya apabila beliau tiba-tiba berhenti, meletakkan kembali seluar dalam itu di atas katil.
Beliau kemudiannya mengambil kotak tisu di meja bersebelahan katil untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan.
Ketika ini rakaman menunjukkan wanita berkenaan menuju ke bilik air.
Jelas kelihatan dalam video - segumpal tisu kemudian dilontar - mungkin disasarkan ke dalam tong sampah yang berhampiran terletak di bawah meja.
Pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.
Gumpalan tisu yang dilontar itu jelas kelihatan pada saat 0:45 hingga 0:47 dalam video yang disunting itu.
Ia menjadi petunjuk penting kehadiran orang ketiga dalam bilik itu, sekurang-kurangnya ketika pelaku yang dikatakan mirip Anwar dan wanita berada dalam keadaan bogel.
Persoalannya adakah logik Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel malah melakukan aksi seks dan kemudian menawarkan kertas tisu kepada individu berkenaan.
Dalam video pertama yang dimuatkan di Youtube 4 April lalu, bayang-bayang yang begitu ketara di dinding bilik mengundang hujah, kamar berkenaan diterangkan dengan lampu perfileman.
Kamera night vision pula digunakan untuk mendapatkan rakaman hitam putih yang hanya menunjukkan wajah pelaku secara samar-samar.
Itulah yang memeningkan kepala pegawai penyiast kes video seks ini,kerana skrip karya peguam negara mesti dipatuhi.Kalau tak ikut nanti pendek rezeki,silap haribulan kena tukar ke kawasan pedalaman sabah atau sarawak pulak..
BalasPadamKes ni menjadikan Malaysia akan ditertawakan dunia. Bukan sahaja para pemimpinnya, malah sistem kehakimannya juga.
BalasPadamMaka jadi tanggungjawab semua ahli agama termasuk para mufti yang boleh memberi fatwa menjelaskan kepada umum apakah cara hukum Islam sebenar yang patut dilakukan.
Apakah dalam Islam ada hukum ikut hawa nafsu dan timbul pula pasal sumpah laknat tu...
Sebenarnya sekarang ramai orang sudah tidak takut pada dosa dan seperti tidak percaya adanya seksa kubur , malah balasan neraka dan syorga !
Akibat semua ini adalah merupakan bala dari Allah yang diturunkan kerana pemimpin yang memerintah mempermainkan hukum agama Islam dengan perkara mungkar dan bid'ah.