Jumaat, 1 April 2011

Hasil Padi Selangor Meningkat

TVS NEWS


SHAH ALAM : Hasil Padi Negeri Selangor meningkat melalui Program Meningkatkan Hasil Padi Negeri Selangor yang dijalankan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurut Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan usahawan, Yaakob Sapari, hal ini membuktikan kerajaan negeri berjaya menepati matlamat yang dituju di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil padi dan pendapatan pesawah.

Kerajaan Negeri telah peruntukkan sebanyak RM 3,013, 302 pada tahun 2009, RM 4, 930,000 pada tahun 2010 dan RM 3, 050,000 pada 2011 untuk meningkatkan hasil padi.

"Usaha mempertingkatkan pengeluaran padi dari 5.1 tan semusim kepada 7.5 tan semusim menjelang 2013,"katanya.

Menjawab soalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak Datuk Warno Dogol, Yaakob menyatakan betapa kerajaan negeri sentiasa memberi sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi di negeri ini.

Walaupun tidak mempunyai wang seperti kerajaan Pusat, sistem yang diberikan kerajaan negeri jauh lebih berkesan dalam menguruskan hal ini.

"Kerajaan Persekutuan hanya beri sumbangan dari segi subsidi. Kerajaan Negeri (sediakan) sistem yang memang terbukti berkesan.

"Hasil menurun hujung tahun lepas bila kerajaan Persekutuan monopoli tapi meningkat awal tahun ini,"tegas Yaakob.

Malah katanya, pendapatan pesawah juga semakin terjamin di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat apabila pendapatan mereka berjaya ditingkatkan.

"Daripada 2,408 pesawah yang terlibat, didapati peratusan bilangan pesawah yang berpendapatan antara RM1,000 ke RM1,500 adalah 55 peratus dan melebihi RM1,500 ialah 16 peratus atau 385 pesawah.

"Manakala pada musim 2010 tambahan 857 pesawah telah mengangkat pendapatan mereka di mana mereka berpendapatan RM 1000-1500 meningkat 752 pesawah dan melebihi RM1,500 seramai 105 pesawah," kata Yaakob lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.