KUALA LUMPUR — Dua rakyat Malaysia yang ditahan di pusat tahanan Teluk Guantanamo sejak 2006 akan didakwa selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas, kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.
Laporan Utusan yang memetik Bernama berkata, Washington masih belum membuat keputusan sama ada mendakwa mereka di mahkamah tradisional atau tribunal tentera, yang mana sering digunapakai dalam situasi ketika perang.
Duta Paul Wayne Jones berkata tiada kemungkinan mereka akan dihantar balik ke Malaysia untuk didakwa di negara ini.
Ketika ditemui pemberita di Kota Baru, beliau berkata, proses pendakwaan akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Mereka adalah Mohamad Nazir Lep atau dikenali sebagai Bashir Lap atau Lilie dan Mohd Farik Amin yang dikenali sebagai Yazid Zubair.
Kedua-dua mereka didakwa mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda serta pertubuhan militan Asia Tenggara, Jemaah Islamiyah (JI).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.