Oleh Suara Keadilan |
Respon kepada kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Parlimen Ampang semalam, saya mengucapkan terima kasih atas kedatangan beliau ke Ampang untuk memberi agihan hak rakyat bagi pihak saya. Namun, saya melihat kedatangan Muhyiddin ini tidak lebih sebagai gimik karut apabila menunjukkan bahawa BN kini benar-benar sudah gentar untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), terutama di Selangor. Ini juga bukti bahawa Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN-Umno Selangor seolah sudah gagal dan 'kontang idea dan strategi' untuk menguruskan perpecahan BN Selangor, apabila terpaksa menghantar Timbalannya untuk turun padang. Ini juga signal bahawa siri-siri ceramah penerangan yang kami (Keadilan Cabang Ampang) anjurkan sejak 4 bulan lepas telah mengugat BN Ampang terutamanya. Saya juga menyelar tindakan Tan Sri Muhyiddin yang telah memperkudakan jentera kerajaan untuk kepentingan kempen politik. Maka, saya mencabar Muhyiddin Yassin untuk turun ke Ampang lagi, dan bersedia untuk berdebat tentang Buku Jingga di Ampang andai Muhyiddin benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat seperti kenyataan dalam ceramahnya malam tadi. Saya memberi masa 48 jam buat Muhyiddin untuk respon kepada cabaran ini, bagi membuktikan beliau benar-benar layak untuk menduduki tampuk No.2 kerajaan kini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.