Selasa, 29 Mac 2011

Video Seks: Wartawan Nafi Dakwa Anwar Terbabit

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan laporan blogger Umno yang mendakwa beliau mengakui bahawa imej dalam video seks yang membabitkan seorang tokoh pembangkang adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wan Nordin, beliau hanya menyatakan “muka individu itu adalah serupa dengan Anwar” tetapi selepas melihat susuk tubuh lelaki yang berperut buncit itu, katanya, beliau yakin bahawa individu tersebut bukan Anwar.

Beliau membuat penjelasan itu menerusi Harkahdaily hari ini berikutan dakwaan seorang blogger Umno yang menuduh pada pertemuan mereka, Wan Nordin ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar.

"Dalam satu blog Umno ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja pada hari itu terus pulang ke rumah saya di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia satu fitnah," katanya.

Wan Nordin adalah wartawan Harakah yang menyaksikan video itu yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Katanya, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui setiausaha agung PKR yang juga ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen.

Menurutnya, beliau kemudian mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan ada memberitahu ketua pembangkang bahawa beliau tidak percaya dengan ketulenan video berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.