Khamis, 31 Mac 2011

Skim Rumah Pertamaku Lahirkan Penghutang Muda

TVS NEWS

KUALA LUMPUR - Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenal kerajaan Persekutuan tidak memberi keuntungan kepada golongan muda, sebaliknya akan menyebabkan golongan ini terjebak dengan hutang piutang diusia yang muda.

Skim ini juga dalam diam bakal menambah golongan bankrap dinegara ini.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan Pusat disaran membentuk satu tabungan dengan kerjasama institusi-institusi kewangan kepada golongan muda yang berhasrat mahu membuat pinjaman perumahan dengan kadar dan syarat yang tidak membebankan.

Dr Dzulkefli menjelaskan, tawaran pinjaman 100 peratus untuk golongan muda dan baru bekerja berpendapatan RM3,000 ke bawah itu akan membebankan golongan muda dalam meneruskan perbelanjaan harian.

Ini kerana golongan ini juga perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan lain seperti sewa beli kenderaan, pakaian, makanan, membantu keluarga dan sebagainya.

Dr Dzulkefly menambah trend membeli rumah tanpa sebarang bayaran muka mendedahkan pembeli kepada risiko yang tinggi jika berlaku kemelesetan ekonomi.

“Saya dan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat merasakan perlu disemak dan dikaji oleh kami. Perkara mengenai tanah atau rumah bukan perkara yang mudah seperti membeli motor, membeli baju baju atau membeli peralatan di rumah. Lalu kerana itu tidak ada jalan pintas dalam memiliki hartanah atau rumah,"

"Sebabnya kerana dalam skim 100 peratus pinjaman sehingga tiada bayaran akan membebankan pembeli Dengan tiada downpayment bererti umah itu 100 peratus milik bank, maksudna pembeli tiada ekuiti langsung dan seandainya berlku kebejaan ekonomi , merudumnya ekonomi maka pemilik akan menghadapi hutang melebihi esetnya.”

Beliau menambah pinjaman 100 peratus bukan bererti pembeli tidak perlu membayar kos lain. Urusan guaman dan yuran perpindahan secara sembunyi perlu dibayar pembeli.

Skim Rumah Pertamaku diumum Najib dalam pembentangan Bajet 2011, tahun lalu.

Skim ini mendapat kerjasama 25 institusi kewangan untuk rumah berharga antara RM100,000 dan RM200,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.