Isnin, 28 Mac 2011

Selangor Komited Kekal Persekitaran Bersih

TVS NEWS

SEPANG : Kerajaan negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyeledikan sentiasa komited dalam memastikan persekitaran di negeri ini sentiasa bersih dan selamat didiami.

Walau bagaimanapun,Exco kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyeledikan, Ronnie Liu berkata, hasil yang baik dari usaha ini tidak mungkin dapat dicapai sekiranya kerjasama menyuluruh dari masyarakat tidak diperoleh.

Oleh yang demikian katanya, penglibatan dan kesedaran masyarakat amatlah penting dalam menjadikan Selangor sebagai negeri bersih dan indah.

"Ini adalah sangat penting apabila kami melancarkan zon bersih, kita boleh bagi bantuan, tong sampah, risalah, papan tanda dan sebagainya tetapi akhirnya kita perlukan penduduk ditempat tersebut untuk menjayakannya,"katanya.

Ronnie berkata demikian pada majlis perasmian Zon Bersih peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Sepang, di Padang Awam Pekan Salak, di sini hari ini.

Menurut Ronnie, walaupun kerajaan negeri telah meletakkan kriteria penilaian untuk pertandingan zon bersih di Selangor, tetapi pelaksanaan bagi menjayakan sesebuah zon bersih memerlukan usaha dan kreativiti.

"Tetapi kalau kita mahu manjayakan zon bersih ianya memerlukan kreativiti tiap-tiap ketua dan anggotanya dan penduduk-penduduka di tempat itu bersama-sama perah keringat fikirkan bagaimana ingin merealisasikan kawasan itu untuk menjadi zon bersih dalam masa 3-4 bulan,"katanya lagi.

Sementara itu, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Sepang, Mohd Sayuthi Abu Bakar berkata, pihaknya sentiasa komited dalam memastikan Sepang berada dalam Zon Bersih dan mengharapkan kerjasama daripada anggota masyarakat dalam merealisasikannya untuk kepentingan bersama.

"Usaha untuk mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat di dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang sentiasa menjadi agenda utama dan usaha ini memerlukan kerjasama dan gandingan semua pihak terlibat,"kata beliau.

Tambah Sayuthi, untuk tahun kedua penglibatan Majlis Perbandaran Sepang dalam pelaksanaan kempen Zon Bersih, pihaknya memilih zon Salak sebagai tanda menyokong penuh inisiatif kerajaan negeri bagi menwujudkan kawasan zon bersih di setiap PBT.

"Kita memilih zon Salak sebagai zon bersih, untuk makluman tahun lalu kita memilih zon Taman Seroja dan pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana begitu memberi sokongan membantu kita dengan memberi bantuan peruntukan sejumlah RM100 ribu untuk setiap PBT,"ujarnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.