KOTA KINABALU — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Karamunting Datuk Peter Pang En Yin digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkuat kuasa serta-merta, demikian diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Bagaimanapun, Musa berkata Pang, 51, yang kini menyertai parti Gerakan kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri.
Pengganti Pang sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah akan diumumkan kemudian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini hari ini.
Pang mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 September lalu selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.
Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Sandakan, Sabah.
pengguguran Peter Pang adalah untuk membuat rombakan Kabinet. walaubagaimanapun, beliau masih lagi Menteri Menteri Belia dan Sukan negeri. hal ini pun telah dipersetujui semua pihak termasuk Peter Pang sendiri.
BalasPadamWho do you think is most suitable to replace Peter Pang as the next Deputy CM?
BalasPadamPeter Pang still Minister of Youth & sport. Can't wait who will be the next DCM.
BalasPadamkeputusan ini pastinya dipersetujui semua pihak dan Peter Pang masih lagi Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.
BalasPadamApa pun Peter Pang tetap akan berjuang untuk rakyat Sabah.
BalasPadamwalaupun siapapun yang dilantik, pucuk pimpinan perlu pastikan tidak berlaku sebarang keadaan huru-hara dikalangan parti komponen ataupun pemimpin.
BalasPadamTerima kasih atas jasa yang diberikan selama ini.
BalasPadamWalau siapa pun pilihan selepas ini, saya harap ia dipilih berdasarkan prestasi dan pencapaian yang ditonjolkan.
BalasPadamDan harap Peter Pang berpuas hati dengan penguguran jawatan tersebut.
BalasPadammemang wajar peter pang digugurkan dari jawatan timbalan ketua menteri..
BalasPadamseharusnya peter awal2 lagi digugurkan dari jawatan tersebut namun akhirnya ianya dilakukan..selepas ini, persoalannya siapa akan menjadi timb.ketua menteri baru menggantikan peter pang?
BalasPadamapa pun, diharap yang akan menjadi timb.ketua menteri yang baru itu akan benar2 bertanggungjawab serta dapat menjalankan tugas dengan baik untuk rakyat dan negeri.
BalasPadamI think it's fair to all.
BalasPadamCara sebegini memang adil dan saksama.
BalasPadamI think its about time to reshuffle cabinet.
BalasPadamGood luck to Peter Pang with whatever he do.
BalasPadamNever mine, he's still the minister.
BalasPadamDia masih lagi berkhidmat untuk rakyat.
BalasPadam