Isnin, 28 Mac 2011

Pemilihan PKR Cabang Kapar Lancar (KEMASKINI)

TVS NEWS


KAPAR : Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi cabang Kapar yang ditunda sebelum September lalu diadakan semula hari ini dengan proses pengundian berjalan lancar.

Pengundian bermula seawal jam 10.20 pagi dan akan berakhir pada jam 5.20 petang ini.

Keputusan juga dijangka diumum lewat petang ini.

Berikut adalah calon untuk jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan cabang Kapar hari ini :-

Calon Cabang

Calon untuk ketua cabang:

1) Abd Rahman b Ibrahim
2) Azizi b Ayob
3) Mohd Bakir b Abd Wahab.

Timb ketua cabang:

1) Hashim b Hj Abd Aziz
2) Manikavasagam Sundaram (MP Kapar)
3) Norkhalim b Mohamed

Naib ketua cabang :
1) Hanizam Ahnee
2) Jeyachandran P Malayalam
3) Maneyvannan Velue
4) Andy Tan Hwai Yin

Calon Angkatan Muda Keadilan

Calon untuk ketua AMK :

1) Ahmad Kamarudin
2) Kamarulzaman Johari

Calon Timbalan ketua AMK :

1) Ahmad Fuad Maruzuki
2) Kamaraguru Karuppanay
3) Mohd Salleh Che Tan
4) Thurai Rajan Krisnan

Naib ketua AMK :

1) Chin Chee Hong
2) Kamarulnizam Sani
3) M Jayachandran Muthu
4) Mohamad Hafi Mohamad Azmi
5) Muhamad Rizal Alias
6) Rajandran Subramaniam


Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR di beberapa negeri sebelum ini menyaksikan tujuh cabang tidak dapat menyelesaikan pemilihan disebabkan berlakunya gangguan yang cuba dicetuskan anasir luar.

Menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail tujuh cabang itu termasuklah Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan,Kuala Langat,Jerai,Merbok dan Kuala Nerus.

Malah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) turut menerima laporan tiga kotak undi pecah terutama di cabang Kapar,Klang dan Kuala Langat.

Di Kapar misalnya, pemilihan cabang itu yang diadakan pada 26 September tahun lalu kecoh sehingga berlaku adegan tumbuk menumbuk dan kertas undi dibuang.

Keadaan bertukar kelam kabut apabila timbul dakwaan ada bukan ahli datang mengundi di cabang berkenaan termasuk ada yang dilihat membuang lebih daripada satu kertas undi.

Pada masa sama, ada nama ahli yang layak mengundi tiada dalam senarai dan ada kertas undi tidak tertera nama calon bertanding.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.