Selasa, 29 Mac 2011

Azmin tuntut Hisham dan polis minta maaf

MALAYSIA KINI

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menghantar surat tuntutan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dua pegawai tinggi polis, menuntut mereka meminta maaf secara terbuka ekoran gangguan ke atas satu ceramah malam Jumaat lalu.

NONEDalam surat bertarikh 28 Mac 2011, peguam N Surendran - yang
bertindak bagi pihak Azmin - mendakwa polis secara secara mala fide (dengan niat jahat), menyalahi undang-undang dan tanpa alasan munasabah, menyerbu, menganggu dan menamatkan ceramalh tersebut.

"Adalah dianggarkan lebih 50 anggota polis, termasuk FRU (Unit Simpanan Persekutuan) terlibat dalam tindakan serbuan ini," kata Surendran yang juga naib presiden PKR.

“Polis juga menggunakan kekerasan yang keterlaluan di mana anak guam kami ditolak dan terjatuh pada masa tersebut. Beberapa orang yang hadir juga telah ditangkap oleh polis secara salah,” tambahnya.

Salinan surat tersebut turut dihantar kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan OCPD Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin.

Empat tuntutan

Surendran menyenaraikan "kesalahan serius" yang telah dilakukan oleh polis - pencerobohan jenayah, intimidasi jenayah, serangan dan gangguan - dan menyifatkan serbuan tersebut sebagai 'bermotif politik'.

“Kami telah diarahkan untuk membuat tuntutan (kepada pihak polis) dalam tempoh 48 jam dari tarikh surat ini, iaitu:

1. Membekalkan nama dan nombor kesemua anggota polis yang terlibat dalam serbuan tersebut.

2. Nama dan pangkat pegawai polis yang mengetuai dan/atau memberi arahan semasa tindakan serbuan tersebut.

3. PDRM meminta maaf secara terbuka atas terma-terma yang akan ditetapkan oleh Azmin; dan

4. PDRM memberi akujanji bertulis tidak akan mengulangi tindakan yang menyalahi undang-undang seperti itu.

Surendran berkata, sekiranya pihak polis gagal berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, maka anakguamnya merizab haknya untuk menuntut gantirugi keterlaluan, relif lain serta kos melalui prosiding mahkamah.

Ceramah di Gombak itu, yang disampaikan oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah diganggu oleh polis yang turut menahan tiga orang.

Polis telah memanggil Azmin untuk merakamkan kenyataannya, yang dijadualkan esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.