Rabu, 30 Mac 2011

Anwar dilarang berucap di majlis PKR S'wak

MALAYSIA KINI

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang berucap di satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.


Menurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalulintas.

Anwar dalam ucapannya turut memuji tindakan Mun kerana membenarkan beliau memberikan ucapan kepada kira-kira 100 penyokongnya.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April. Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.