Sabtu, 26 Februari 2011

PM dakwa Ikhwan pengganas

Najib mahu gerakan Islam itu disisihkan dari agenda perubahan di Mesir.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Najib Tun Razak masih berprasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

“Ini terbukti dari petikan ucapannya di Turki seperti dilaporkan oleh National Review,” kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, dalam ucapannya, Najib menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di negara yang sedang bergolak itu kerana beliau mendakwa pertubuhan Islam itu masih terlibat dengan keganasan.

“Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan,” katanya.

Anwar berkata, saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili

pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat.

“Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat (Apco Worldwide) demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?,” soalnya.

Ujar beliau, “kenyataan terbaru Najib juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi.

“Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?,” soal beliau lagi.

“Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib terhadap Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut,” tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.