Isterinya S. Indradevi mengesahkan dia ditahan di luar rumah mereka di Pantai Hillpark di sini pada pukul 7.45 pagi tadi, ketika dia hendak bertolak ke kawasan protes.
“Kira-kira tujuh anggota polis mengepung dia ketika dia hendak meninggalkan (rumah).
“Mereka membawa dia ke ibu pejabat kontinjen dekat Pudu,” kata Indradevi ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pun begitu katanya, protes yang dirancang untuk diadakan akan diteruskan meskipun polis menahannya.
“Kami beri jaminan ia akan diteruskan. Ia tidak akan dibatalkan,” kata Indradevi.
Hindraf yang diharamkan dua tahun lalu mahu mengadakan protes berhubung novel kontroversial Interlok.
Polis memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas ke atas sesiapa yang menghadiri perhimpunan hari ini.
Dalam pada itu pihak polis mengenakan sekatan jalan di beberapa tempat di Lembah Klang termasuk mengawal kawasan kompleks KLCC sejak 8 pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.