Itu rumusan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang kesal dengan tindakan polis sekali lagi menggunakan kekerasan untuk menyuraikan tunjuk perasaan aman anjuran Parti Hak Asasi dan Hindraf di Kuala Lumpur hari ini.
Antara yang lantang mengecam tindakan provokasi polis itu adalah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua PeneranganPAS Idris Ahmad.
Idris berkata walaupun memberi pelbagai janji untuk menghormati prinsip asas demokrasi, Umno dan pihak polis sekali lagi menunjukkan keazaman untuk menafikan hak rakyat bersuara secara aman. "Mereka ini (Najib) nampak kuman seberang laut, gajah depan mata tak nampak, itu yang berlaku. Sedangkan di Malaysia berlaku pencabulan hak demokrasi dan hak kebebasan rakyat berhimpun mengikut undang-undang," katanya.
Idris menasihatkan Polis supaya bersikap profesional dan berubah seiring dengan tuntutan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
"Sepatutnya pihak polis kena hormati hak kebebasan untuk berhimpun dan dengarlah apa yang mereka mahu. Kalau perhimpunan itu tanpa ada gangguan daripada pihak polis maka ia akan berakhir dengan keamanan, tak ada apa tetapi apabila provokasi polis berlaku keadaan tidak baik.
Di Malaysia, polis di Malaysia dibawah kepimpinan Najib, mengambil tindakan keras sama sepertimana tindakan kerajaan Libya terhadap mereka yang berdemonstrasi," katanya lagi.
"Ini jelas menunjukkan bahawa berlakunya hipokrasi politik. Di mata dunia mereka berkata seolah-olah mereka mengamalkan demokrasi. Tetapi di dalam negara, Datuk Seri Najib memberi tekanan yang luar biasa tidak munasabah yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan juga Perlembagaan Persekutuan terhadap mereka yang mengamalkan hak kebebasan bersuara mereka," katanya.
Penasihat DAP Lim Kit Siang pula menggesa Najib supaya menghormati hak rakyat untuk menyatakan perasaan mereka secara aman, walaupun ia bercanggah dengan pendirian kerajaan.
"Pihak kerajaan seharusnya mengkaji semula segala dasar dan tindakan yang zalim dan tidak demokratik supaya tidakan rakyat berkumpul secara aman lebih dihormati ," katanya.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata sekali lagi polis menjatuhkan imej malaysia di persada antarabangsa dengan tindakan keterlaluan terhadap penunjuk perasaan.
"Saya kesal dengan tindakan PDRM yang menjejaskan imej negara kita di pentas antarabangsa," katanya.
Walk the talk, Najib.
BalasPadamFreedom of expression is a right.
BalasPadamperhimpunan di tempat awam tk wajar dilakukan, ia boleh mendatangkan masalah dari segi kesesakan lalu lintas, suasana yang bising dan mengganggu ketenteraman awam.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDi Malaysia keadaan kita aman dan harmoni. setuju dengan mandau...perhimpunan di tempat awam mendatangkan pelbagai masalah dan mengganggu ketenteraman awam. selain itu juga, ia boleh mencemarkan imej negara.
BalasPadamSemua pun mahu bebas tapi agak-agak jugalah. Jangan kerana mahu pertahankan hak bersuara timbul kekacauan pula. huhu
BalasPadamApapun, sebagai rakyat pandai2 lah kita menilai hal sebegini.
BalasPadamSaya ada juga mendengar semua ini, ini adalah dari hasutan PR untuk menentang kerajaan. Mungkin PR sengaja melakukan sedemikian bagi menghantui pemikiran rakyat. Apa pun, tunjuk perasaan ini tidak mendapat sambutan dari kaum India, kerana sokongan mereka kepada kerajaan.
BalasPadamsemua ini adalah usaha pembangkang yang terlalu mengidamkan jawatan nombor satu negara dan jawatan kabinet sehingga sanggup menggunakan cara yang paling tidak demokratik untuk menumbangkan kerajaan. mereka lebih suka menggunakan rakyat sebagai perisai untuk melakukan pemberontakan.
BalasPadamdalam hal ini siapa sebenarnya yang tidak profesional dan tidak demokratik. kerajaan telah memberikan kebebasan kepada parti2 pembangkang untuk berkempen, berpolitik, menggunakan semua bentuk media, memberi peluang mentadbir 4 buah negeri.. atau semua itu tidak cukup kerana pembangkang juga mahu supaya mereka mempunyai kebebasan melakukan apa sahaja yang boleh menarik perhatian media antarabangsa???
BalasPadamI'm disapointed with Najib.
BalasPadamIt's important to listen to the people's voice. By doing so, you will earn the people's respect.
BalasPadamSo much for people first.
BalasPadam