Jumaat, 25 Februari 2011

JAMBATAN KAMPUNG MANGKALINAU DAIF

REPUT…Inilah jambatan Kg Mangkalinau sudah 8 tahun tidak pernah dibaiki oleh pihak yang berkenaan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

JAMBATAN kayu sepanjang 200 kaki lebar 5 kaki di Kampung Mangkalinau, DUN Elopura dan Parlimen Sandakan yang mengalami kerosakan teruk perlu dibaiki segera kerana 80 peratus gelagar dan papannya hampir reput sehingga bakal mengundang kecelakaan kepada pengguna pada bila-bila masa.

Seorang penduduk kampung berkenaan, Mamat, memberi tahu Sabahkini.Net bahawa sudah hampir 8 tahun jambatan tersebut tidak dibaiki oleh pihak yang berkenaan.

Kata Mamat lagi, 70 peratus penduduk Kampung Mangkalinau ialah rakyat tempatan dan majoriti mereka adalah pengundi tegar BN bagi DUN Elopura dan Parlimen Sandakan.

“Lantaran itu, bagi pihak penduduk kampung ini, saya memohon jasa baik ADUN Elopura dan Ahli Parlimen Sandakan agar dapat membaiki kerosakan jambatan tersebut kami. Tidak kisahlah siapa kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan jambatan tersebut kerana yang penting bagi kami ialah dapat kemudahan yang lebih selesa,” rayu Mamat yang mewakili lebih 1,000 penduduk kampung Mangkalinau dan kampung berhampirannya.

Memandangkan pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir, maka kata Mamat wajarlah kampung ini mendapat kemudahan seperti jambatan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana bimbang isu ini dijadikan modal kempen kepada parti pembangkang kelak.

12 ulasan:

  1. Diharapkan MP ataupun wakil rakyat daerah tersebut akan mengambil tindakan membaiki jambatan tersebut.

    BalasPadam
  2. MP-MP perlulah sentiasa peka dengan keperluan rakyat terutamanya isu-isu seperti ini.

    BalasPadam
  3. Ni penduduk kampong dah buat laporan ke dgn pihak yg berwajib? jgn la harap media saja...mana tau yb tempat korang tu busy tak sempat tgk berita....buat la laporan rasmi ke jabatan2 yg berkaitan & yb tempat korang...kalu tak ada action, at least korang ada hitam putih nak show bahawa korang dah report bende ni awal2 lagi...

    BalasPadam
  4. maslaah ni perlu diselesaikan, perbaikilah jambatan tersebut.

    BalasPadam
  5. harap jambatan tersebut dapat diperbaiki atau diganti dengan segera demi kepentingan penduduk.

    BalasPadam
  6. Is the government even aware of this problem???

    BalasPadam
  7. Kesian juga jambatan ini oo.. huhu

    BalasPadam
  8. Pihak2 yang berkenaan harus tampil segera dan buat apa yang patut utk tanggani hal ini.

    BalasPadam
  9. Perkara ini perlulah diselesaikan sebaiknya. Tidak semestinya semasa Pilihanraya baru mahu memperbaiki.

    BalasPadam
  10. kalau mahu masalah ini diselesaikan cepat, tidak perlu tunggu media atau wakil rakyat turun padang. terus sampaikan aduan ini kepada pihak yang berkenaan. kalau asyik menunggu, 10 tahun pun masalah ini tidak akan selesai.

    BalasPadam
  11. kerajaan juga perlu lebih sensitif terhadap masalah2 rakyat seperti ini lebih2 lagi ketika pilihanraya umum semakin hampir. mungkin kerajaan tidak boleh menggagalkan 100% bahan kempen pembangkang, tetapi sekurang2nya kerajaan mampu mengurangkannya.

    BalasPadam
  12. The local people's rep should make sure that the people's needs are taken care of.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.