Isnin, 28 Februari 2011

Ali Rustam tak dapat beza di antara dinasti dan demokrasi

SINAR HARIAN ONLINE

MERLIMAU - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ahli Rustam semakin pening menjelang Pilihanraya Kecil N27 Merlimau. Beliau sudah keliru dan tidak dapat membezakan di antara istilah dinasti dan demokrasi. Dinasti merujuk sistem pewarisan ahli keluarga dari satu generasi ke satu generasi. Manakala demokrasi pula berdasarkan suara ramai atau suara majoriti.

Pakatan Rakyat sebelum ini mepertikaikan pemilihan calon UMNO di Merlimau Roslan Ahmad yang mengamalkan sistem dinasti dalam UMNO.(Roslan juga adalah anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (adik Allahyarham Ahmad Ithnin). DUN Merlimau adalah pecahan daripada DUN Sungai Rambai ekoran persempadanan semula pada 1994).

Sehinggakan Ketua Wanita UMNO Jasin, Zaleha Bujang kecewa kerana tidak dipilih menjadi calon dan mengambil tindakan menutup bilik gerakan Wanita UMNO di Merlimau.Ali Rustam cuba menghentam kembali Pakatan Rakyat kononnya mengamalkan sistem dinasti dalam parti.

Ternyata tindakan menghentam Pakatan Rakyat dengan memberi contoh dalam PKR dan DAP terkena kepada batang hidung sendiri. Pemilihan Datin Wan Azizah sebagai Presiden PKR, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden dilakukan melalui pemilihan parti secara demokrasi. Begitu juga apa yang berlaku dalam DAP. Berbanding dengan pemilihan Roslan dilakukan melalui kuasa Pengerusi Perhubungan Umno melalui mesyuarat Bahagian dan disahkan oleh Presiden UMNO.

Tak akan itu pun payah nak fikir. Kepada penasihat dan Setiausaha Politik Ali Rustam tolong bagi nasihat yang bernas sikit supaya orang Melaka tidak menjadi mangsa menjadi bahan ketawa kerana kecerdikan Ketua Menterinya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.